Like Us on FB

Sunday, 12 April 2015

[TIPS PELABURAN]-Trending Emas masa kini.....



       Emas atau nama sains dalam jadual berkala ialah Aurum (Au). Hari ini kita lihat banyak perniagaan dan pelaburan emas sehingga yang menjadi mangsa pelaburan pun ramai.  Harga emas sejak 10 tahun yang lalu meningkat dengan agak ketara. Kita lihat harga purata

2005 :- Lingkungan harga RM 50 hingga RM 60 per gram
2010 :- Lingkungan harga RM 121 hingga RM 137 per gram
2015 : - Lingkungan harga RM 130-RM 140 per gram (sehingga April 2015)

      Harga emas paling tinggi dalam sejarah kapitalis moden ialah pada tahun 2011 bulan November mencatatkan harga puncak RM 180.00++/gram.  Selepas itu menjunam sampailah ke hari ini. Sesiapa yang membeli emas selepas Ogos 2011 (harga dalam lingkungan RM 169/gram) dan menyimpan sehingga hari ini masih berada dalam kerugian. Kenapa harga emas boleh jatuh...??? Tunggu dulu jika anda beli emas 999 di kedai Republic Golden, contoh harga 10 gram = RM 1500.00 selepas itu cuba anda lepak minum teh tarik 2 jam dan pergi ke kedai yang sama untuk menjual balik emas tersebut, mereka membeli emas anda dengan harga RM 1378 saja!! kenapa?? ini sebab semua kedai emas ada harga "Harga Jual dan Harga Belian". Itu di panggil spread. Maksudnya anda beli hari ini belum tentu esok anda untung. Malah ada pembeli emas yang membeli dari bulan Ogos 2011 masih belum mampu menjual emas mereka pada hari ini untuk meraih keuntungan.
     Kenapa harga emas boleh jatuh ? Emas pada zaman kapitalis ini adalah barang komoditi. Bila jadi barang komoditi maka harga bergantung pada asas ekonomi, ada permintaaan dan penawaran.. emas hari ini bukan macam zaman Rasul Nabi kita dahulu, kerana dahulu emas di jadikan matawang bukan bahan jualan. Bila emas di jadikan matawang maksudnya setiap tukaran barang, upah, gaji dan sebagainya perlu emas atau perak.
     Dan yang paling menarik bila emas menjadi bahan komoditi yang bergantung pada asas ekonomi sandaran kapitalis maka lahirlah aktiviti SPEKULASI dan MANIPULASI.

Cuba kita lihat permintaan emas datang dari mana ?

1. Elektronik Industri:-
      Penurunan ekonomi Jepun sebagai gergasi elektronik menyebabkan menurunnya permintaan terhadap emas untuk chip-chip elektronik. Maka permintaan emas global mula menurun.

2. Emas Virtual (paper contract):-
    Biasanya bank-bank ternama dan besar di dunia menjual dan membeli emas virtual (bukan fizikal). Sektor ini juga memainkan peranan penting dalam turun naik harga emas dunia .


Kalau di lihat dari permintaan di atas. Harga emas di kawal oleh industri sama ada elektronik dan perbankan, yang pasti bukannya dari permintaan BARANG KEMAS dan PELABURAN EMAS !

Persoalannya kita membeli dan menyimpan emas untuk apa ?? Bila harganya di pengaruhi turun naik pemodal ekonomi kapitalis......


Bersambung.........












No comments:

Post a Comment