10 Tip Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja
Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya hormatilah beliau.
- Kita harus suka dan menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.
- Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.
- Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.
- Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.
- Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.
- Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama.
- Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.
- Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.
- Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan.
No comments:
Post a Comment