Sememangnya persoalan untuk membeli atau menyewa premis perniagaan membuatkan ramai peniaga bingung untuk memilih. Merentasi dan memikirkan risiko perniagaan menyebabkan ramai peniaga-peniaga tersilap langkah. Berikut sedikit ulasan dan kajian kami di Faizworld Training Centre :-
Seorang peniaga barangan bayi, Amirah (bukan nama sebenar) yang menjalankan perniagaannya secara online ingin membeli sebuah rumah kedai (SHOPLOT) 3 tingkat di kawasan pinggir Kuala Lumpur dengan harga jualan sebanyak RM 2,500,000.00. Memandangkan perniagaan yang di mulakan sejak 5 tahun lalu yang beroperasi dari rumah dengan hasil jualan bulanan sebanyak RM 150.00 sebulan tapi kini mencecah RM 90,000.00 sebulan. Amirah mengalami masalah dengan pertumbuhan hasil perniagaan online nya menyebabkan masalah-masalah yang beliau rasakan tidak mungkin menjalankan perniagaannya di rumah lagi. Sebab-sebab berikut adalah :-
1. Amirah memerlukan ruang penyimpanan stok yang besar ( semua bilik di rumahnya telah penuh !)
2. Amirah memerlukan pekerja tetap untuk menguruskan penghantaran barang ke pejabat pos.
3. Amirah memerlukan ruang untuk dokumen perniagaannya seperti penyimpanan rekod Purchase Order, Invoice, Delivery Order dan segala macam Resit.
Amirah juga memikirkan beliau perlu ada premis perniagaan untuk sebab sebab yang terlindung seperti berikut :-
1. Keyakinan pihak Bank dan Agensi Kerajaan & Swasta terhadap perniagaannya jika beliau mempunyai premis perniagaan yang beroperasi di kawasan komersial (bukan rumah).
2, Kemudahan untuk pelanggan-pelanggan ber-profil tinggi untuk berbincang tentang produknya, ya ! mereka ini akan datang ke pejabat/kedai aku (bukan rumah ).
3. Keyakinan pelanggan-pelanggan baru terhadap perniagaannya jika beroperasi di kedai/pejabat (bukan rumah) kerana reputasi perniagaan online kadang kala terjejas oleh scam dan penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Amirah membuat sedikit pengiraan ....
- Harga Shoplot : RM 2,500,000.00
- Kemudahan Pinjaman dari Bank XX ": 80% dari harga hartanah = RM 2,000,000.00
- Wang Pendahuluan yang perlu disediakan oleh Amirah : RM 500,000.00
- Kos pengubahsuaian kedai/pejabat : RM 150,000.00
- Kos Guaman : RM 30,000.00 ++++
Jadi secara kasarnya Amirah memerlukan wang dari sumber koceknya sendiri sebanyak:
- Wang Pendahuluan yang perlu disediakan oleh Amirah : RM 500,000.00
+ Kos pengubahsuaian kedai/pejabat : RM 150,000.00
+ Kos Guaman : RM 30,000.00 ++++
= RM 680,000.00 !!!!! untuk memiliki premis perniagaan yang di idamkan ! Amirah membuat perhitungan jika wang RM 680,000.00 ini di gunakan untuk beliau untuk perbelanjaan modal dan kos pengiklanan perniagaan onlinenya selama 1 tahun hasilnya akan bertambah.
Amirah perlu membuat keputusan !!! beli atau sewa ??? Lalu Amirah berjumpa dengan empunya shoplot tersebut dan meminta untuk menyewa sahaja hartanah itu. Lalu mereka berbincang dan keputusan Amirah dapat menyewa shoplot itu selama 2 +1 tahun. Hmm berapa kos Amirah keluarkan untuk menyewa ??-
- Harga Sewa Sebulan X 3 (deposit+ utiliti ) : RM 24,600.00
- Kos Pengubahsuaian : RM 150,000.00
- Kos Guaman : RM 6,000.00 +++
Jadi Amirah hanya perlu keluarkan wang sebanyak RM 180,600.00 sahaja pada bulan pertama dan menunggu pengubahsuaian siap pada bulan ke -2, pada bulan ke-3 perniagaan Amirah telah beroperasi sepenuhnya di Shoplot yang di sewa. Dan yang bagusnya Amirah mempunyai masa 2 tahun (tempoh sewaan) untuk mencari wang untuk membeli shoplot baru tanpa menggangu operasi perniagaannya !!!
No comments:
Post a Comment