Like Us on FB
promo_5
Saturday, 4 April 2015
[TIPS KELUARGA]
10 CARA MEREDAKAN BENCANA
Rumah tangga anda aman bahagia. Seimbas lalu, tidak terkesan cacat celanya. Anda gembira dan anak-anak terbela. Pun begitu, panas yang diharapkan rupanya tidak sampai ke petang. Entah di mana silapnya, kebahagiaan itu mulai goyah tanpa sedar. Masalah komunikasi mula berlaku, isu kecil dibesar-besarkan, hati kerap rasa sakit dan kata-kata yang terucap menghiris perasaan.
PASANGAN YANG SEFAHAMAN
Pada musim awal perkahwinan, masing-masing sanggup bertolak ansur. Tapi semakin lama, ada yang berlagak dictator ketika berbicara tentang pemilhan perabot, filem kegemaran atau tempat makan. Nah, teguhkan sikap saling memahami kerana itulah jantung perhubungan yang sebenar.
PIKAT HATINYA
Pujilah dirinya. Selalu. Kata-kata penghargaan membuatkan pasangan anda lebih yakin terhadap dirinya. Usahlah hanyamemuji tentang aksi di kamar tidur, tapi pujilah juga tentang keseronokan tatkala bersama, sewaktu makan tengah hari berdua atau pun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
BERKAWAN DENGAN RAKAN-RAKANNYA
Rakan baik pasangan anda mungkin menyukai atau membenci anda. Dan jika dia membenci anda, dia tidak akan malu untuk memeberitahu betapa anda sering lambat, bergaya selekeh atau ada kalanya membuat dia meluat. Atasi situasi ini dengan lemah lembut, jangan bertegang urat atau memburukkan keadaan.
JANGAN TERLALU SELESA
Apabila sudah lama berumah tangga, anda berdua kianmalas berusaha untuk mengambil hati pasangan atau melakukan perkara baru. Apa yang penting, usah malas dan memandang mudah. Berterima kasih kepadanya. Kucup pipinya apabila diamembuka pintu dan berhentimenjengah restoran yang sama setiap hujung minggu. Cubalah ke tempat baru bersama-sama.
SENTIASA ADA
Menelefon, mengirim mesej pesanan ringkas, menghantar e-mel dan ber-Facebook, merupakan cara komunikasi baru pada zaman ini. Tunjukkan sikap anda yang sentiasa boleh dipercayai dan sentiasa ada apabila diperlukan. Gunakan telefon untuk selalu berhubung antara satu sama lain.
TERIMA KESILAPAN
Setiap manusia melakukan kesilapan termasuklah pasangan anda. Fokuskan pada kekuatan dirinya bukan kelemahan semata-mata. Yang penting, saling maaf memaafkan kesilapan masing-masing. Pastikan sebelum tidur, anda berdua terlena selepas melupakan segala kesilapan yang diakukan.
MELIHAT PERKARA DARIPADA MATANYA
Jika anda salah, akui kesalahan itu. Jika anda perlumemohon maaf, hulurkan salam kemaafan. Tidak susah bukan?
MENJADI PASANGAN IDEAL
Layan di dia seperti seorang raja atau permaisuri. Dia pasti menghargainya. Pasangan anda juga sentiasa memerhatikan bagaimana layanan anda terhadap orang di sekeliling, maka jadilah individu yang sentiasa baik dengan semua orang.
PENDENGAR YANG BAIK
Jadilah bahu untuk dirinya berpaut dan menangis tatkala kesedihan. Dengarkan rintihan hatinya, barangkali dia Cuma ingin meluahkan perasaa, bukan mendengar bebelan, jauh sekali menunggu anda mengadili dirinya.
BERIKAN RUANG UNTUK DIA DAN IBUNYA
Pasangan yang manja dengan ibunya akan sentiasa bercerita sesama mereka. Lihat tabiat ini secara positif kerana pasangan anda pasti memerlukan ruang bicara yang boleh dipercayai selain anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment