Wanita hamil memerlukan kesedaran penting mengenai potensi yang boleh dihadapi ke atas kesihatan diri mereka hari ini. Anda sepatutnya sentiasa berwaspada untuk kepentingan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.Merokok boleh menjejaskan perkembangan bayi dan meningkatkan risiko kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan. Bayi ini juga akan mengalami pelbagai masalah dan mudah mendapat penyakit jangkitan lain.
Ramai doktor berpendapat, merokok adalah satu penyakit ketagihan yang sukar dilenyapkan. Ibu yang merokok akan mendapati doktor menggalakkan mereka menghentikan tabiat itu. Sokongan amat perlu untuk ibu jika tekanan dirasai untuk membuang tabiat itu sehingga menyebabkan rasa mengalah. Emosi yang tidak tentu ini juga boleh menganggu kestabilan kesihatan ibu dan bayi. Bagi kebanyakan ibu hamil yang merokok, naluri keibuan mampu menghindar tabiat ini dan menjadi satu motivasi bagi mereka.
Mereka akan merasa tidak selesa dengan sendirinya dan merasa seolah-olah mereka merosakkan kesihatan sendiri dan berusaha agar ia tidak menimpa bayi di dalam kandungan yang tidak bersalah.
Bayi juga boleh menderita jika ibu terlalu kerap berada di dalam suasana yang penuh dengan asap rokok. Ini bermakna, pasangan anda juga perlu bertanggungJawab berusaha untuk mengurangkan pencemaran persekitaran untuk bayi, sebelum dan selepas melahirkan.
ALKOHOL
Sama ada anda setuju atau tidak, anda harus mengakui bahawa alkohol adalah racun yang boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan sel. Pengambilan alkohol yang keterlaluan semasa hamil terutama di dalam minggu ke 12 pertama boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan bayi.
Cara paling selamat ialah meninggalkan minuman ini dan gantikan dengan air biasa. Adalah amat penting meninggalkan tabiat ini kerana embrio berada di tahap risiko yang tinggi walaupun sebelum proses pembenihan terjadi sehingga anda di dapati hamil.
MAKANAN
Telur separuh masak perlu dielakkan kerana ia berkemungkinan mengandungi racun salmonella. Makanan yang tidak dimasak bersama telur seperti mayonis dan ais krim juga ada bahayanya. Daging ternakan juga boleh membawa salmonela dan perlu dikawal dengan berhati-hati bagi memastikan bakteria dimusnahkan di dalam proses memasaknya. Pastikan ia benar-benar masak dan jangan sekali-kali memanaskannya semula untuk dimakan lagi.
Listeriosis adalah penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan keguguran atau penyakit yang serius ke atas bayi di dalam kandungan. Ibu hamil juga dinasihatkan tidak memakan hati atau masakan yang mengandunginya kerana kandungan vitamin A yang tinggi di dalamnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan.
TOKSID
Pada hari ini ramai yang mengalami pencemaran udara setiap hari. Sebagai negara industri yang semakin membangun, proses dan pengeluaran barangan menyebabkan terhasilnya toksid seperti kadmium, merkuri, aluminium dan sebagainya. Pencemaran dari sisa toksid ini berkaitan dengan masalah yang semakin meluas ke atas janin, bayi baru lahir dan malahan kanak-kanak juga turut terlibat.
Diet kaya vitamin dan mineral mungkin membantu menghadapi kesan toksin tetapi wanita hamil perlu mendapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan.
Pendedahan ke atas toksin tertentu mungkin dapat dikurangkan dengan menjauhkan diri dari suasana pencemaran seperti menggunakan penapis air. Merkuri boleh didapati di dalam sesetengah ikan, proses industri dan perubatan pergigian.
Kadmium didapati di dalam asap rokok, baten, makanan dingin beku dan makanan dari hasil tapisan lain seperti tepung. Bagi mengelakkannya, jauhkan dari asap rokok dan makan makanan hasil tapisan sebaiknya.
DADAH
Dadah yang keras boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Jadi sesiapa yang mengalami ketagihan harus menghentikan pengambilannya sebelum membuat keputusan untuk hamil.
Kebanyakan dadah dan ubat-ubatan akan melalui rahim dan masuk ke dalam sistem bayi. Jadi walaupun ubat itu diketahui tidak begitu meninggalkan kesan ke atas bayi tetapi sebaiknya elakkan pengambilannya ketika hamil.
Apabila ibu memerlukan ubat untuk mengatasi penyakit yang dihidapi semasa hamil, nasihat doktor amat diperlukan bagi mencegah sebarang risiko ke atas bayi.
Bagi kebanyakan wanita, persoalannya adalah lebih kepada pengambilan tablet seperti aspirin atau paracetamol untuk sakit-sakit biasa. Sesetengah kajian mendapati bahawa aspirin yang diambil semasa hamil boleh mengurangkan tahap keselamatan bayi dan berat badannya, IQ dan kebolehan penumpuannya. Bagaimanapun, kajian ini belum terbukti tetapi ibu dinasihatkan mengelakkan pengunaannya.
Ubat paracetamol untuk pengunaan tertentu sering disangka selamat tetapi adalah lebih baik bagi mengelakkan ubat ini dalam minggu ke 12 pertama kehamilan. Bagi mereka yang menderita sesuatu penyakit ini adalah masa paling baik bagi mengawalnya melalui diet dan gaya hidup.
Dapatkan nasihat ahli farmasi dan beritahu dia bahawa anda sedang hamil sebelum membeli sebarang ubat. Cuba hadapi sakit-sakit biasa dan kecil melalui kaedah yang mudah selain penggunaan ubat. Sebagai contoh, masalah sembelit boleh diatasi dengan senaman, pemakanan tinggi serat dan minuman selain mengambil laxatif dan sebagainya.
Sesetengah bahan pemakanan semulajadi juga boleh menjejaskan kehamilan akibat terlebih kuantiti vitamin A, D dan C. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil persediaan herba atau vitamin tambahan.
No comments:
Post a Comment