Like Us on FB

Thursday, 30 April 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Facebook Marketing
Speaker : En Muhammad Firdaus Azizi
Tarikh : 26 -27 Apr 15 (10pm - 5 pm)
Lokasi : Faizworld Training Centre (FTC) Level 3
Terima Kasih En Firdaus kerana memilih Faizworld Training Centre untuk merealisasikan program anda.
Semoga bisnes anda makin cemerlang dan 2015 memberi kejayaan untuk anda semua
Jangan lupa kongsikan pengalaman menarik anda di blog untuk menerima hadiah istimewa tajaan FTC. (tertakluk pada terma dan syarat FTC
Ingat Training Centre, Ingat lah Faizworld!



[TIPS MELANCONG]



Melancong Bersama Si Kecil

Permudahkan percutian supaya meninggalkan kenangan manis buat keluargaPercutian yang anda rancang mungkin memberi bebanan jika bercuti bersamakeluarga dan mempunyai anak kecil. Oleh itu, panduan ini mungkin boleh membantu anda mempermudahkan percutian selain ia akan meninggalkan kenangan manis buat si kecil.Kapal terbang:

* Tempah tempat duduk penerbangan supaya anda dapat duduk bersama dan pesan hidangan anak pada masa sama.

* Bawa keperluan bayi dengan tangan supaya anda mudah untuk mengambilnya ketika diperlukan.

* Berikan makanan kepada bayi anda dan gula-gula kepada anak yang lebih besar ketika berlepas dan mendarat untuk mengatasi ketidakselesaan daripada tekanan dalam kabin kapal terbang.

* Bawa makanan yang biasa untuk bayi anda dan minta ia dipanaskan. Ia sangat perlu kerana kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan makanan bayi.

* Bawa juga alat permainan, buku atau majalah untuk anak anda dalam bakul kecil dan minta pihak penerbangan pek aktiviti yang mereka sediakan.

Kereta/kereta api/bas

* Jika boleh, mulakan perjalanan anda sebelum waktu tidur anak kerana mereka mungkin lebih senang untuk tidur selepas itu.

* Pastikan banyak ruang di belakang kereta untuk anak anda dan mereka tidak dikelilingi beg.

* Bawalah pemain DVD mudah alih terutama bagi perjalanan panjang supaya anakanda boleh berhibur. Jangan lupa bawa cerita atau lagu kesukaan mereka.

* Rancang hentian yang kerap supaya anak boleh berjalan dan anda juga boleh berehat.

* Jika terdapat tarikan menarik di sepanjang perjalanan, berhenti dan lihat. Ia hanya rehat seketika dan memberikan semua orang sesuatu untuk diceritakan di sepanjang perjalanan.

* Bawalah beg parti kejutan dengan habuan seperti buku nota, krayon, pelekat dan manisan untuk memastikan mereka sentiasa terhibur.

Tip umum

* Jika buku skrap atau autograf boleh dibeli murah di destinasi percutian anda, belilah dan buatlah buku kenangan untuk percutian serta tambahkan juga gambar bila anda pulang. Ia pasti cenderahati hebat dan yang penting ia boleh membuatkananak-anak sibuk melihatnya.

* Jangan lupa bawa ´wet wipes´. Ia sangat mustahak untuk sebarang kejadian.

* Sediakan anak anda untuk perjalanan sebelumnya. Beritahu mereka peta di mana anda pergi dan tunjukkan risalah mengenai tempat yang anda akan lawati.

* Beritahu si kecil masa perjalanan sebenar dan bersedia untuk mengejutkan mereka dengan betul supaya si kecil gembira ketika anda sampai awal.

[TIPS KEPIMPINAN]- Bapak Jokowi


Wednesday, 29 April 2015

[TIPS KESIHATAN]



Kehamilan Sihat


Wanita hamil memerlukan kesedaran penting mengenai potensi yang boleh dihadapi ke atas kesihatan diri mereka hari ini. Anda sepatutnya sentiasa berwaspada untuk kepentingan kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan.Merokok boleh menjejaskan perkembangan bayi dan meningkatkan risiko kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan. Bayi ini juga akan mengalami pelbagai masalah dan mudah mendapat penyakit jangkitan lain.
Ramai doktor berpendapat, merokok adalah satu penyakit ketagihan yang sukar dilenyapkan. Ibu yang merokok akan mendapati doktor menggalakkan mereka menghentikan tabiat itu. Sokongan amat perlu untuk ibu jika tekanan dirasai untuk membuang tabiat itu sehingga menyebabkan rasa mengalah. Emosi yang tidak tentu ini juga boleh menganggu kestabilan kesihatan ibu dan bayi. Bagi kebanyakan ibu hamil yang merokok, naluri keibuan mampu menghindar tabiat ini dan menjadi satu motivasi bagi mereka.
Mereka akan merasa tidak selesa dengan sendirinya dan merasa seolah-olah mereka merosakkan kesihatan sendiri dan berusaha agar ia tidak menimpa bayi di dalam kandungan yang tidak bersalah.
Bayi juga boleh menderita jika ibu terlalu kerap berada di dalam suasana yang penuh dengan asap rokok. Ini bermakna, pasangan anda juga perlu bertanggungJawab berusaha untuk mengurangkan pencemaran persekitaran untuk bayi, sebelum dan selepas melahirkan.

ALKOHOL
Sama ada anda setuju atau tidak, anda harus mengakui bahawa alkohol adalah racun yang boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan sel. Pengambilan alkohol yang keterlaluan semasa hamil terutama di dalam minggu ke 12 pertama boleh meninggalkan kesan ke atas perkembangan bayi.
Cara paling selamat ialah meninggalkan minuman ini dan gantikan dengan air biasa. Adalah amat penting meninggalkan tabiat ini kerana embrio berada di tahap risiko yang tinggi walaupun sebelum proses pembenihan terjadi sehingga anda di dapati hamil.

MAKANAN
Telur separuh masak perlu dielakkan kerana ia berkemungkinan mengandungi racun salmonella. Makanan yang tidak dimasak bersama telur seperti mayonis dan ais krim juga ada bahayanya. Daging ternakan juga boleh membawa salmonela dan perlu dikawal dengan berhati-hati bagi memastikan bakteria dimusnahkan di dalam proses memasaknya. Pastikan ia benar-benar masak dan jangan sekali-kali memanaskannya semula untuk dimakan lagi.
Listeriosis adalah penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan keguguran atau penyakit yang serius ke atas bayi di dalam kandungan. Ibu hamil juga dinasihatkan tidak memakan hati atau masakan yang mengandunginya kerana kandungan vitamin A yang tinggi di dalamnya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan.

TOKSID
Pada hari ini ramai yang mengalami pencemaran udara setiap hari. Sebagai negara industri yang semakin membangun, proses dan pengeluaran barangan menyebabkan terhasilnya toksid seperti kadmium, merkuri, aluminium dan sebagainya. Pencemaran dari sisa toksid ini berkaitan dengan masalah yang semakin meluas ke atas janin, bayi baru lahir dan malahan kanak-kanak juga turut terlibat.
Diet kaya vitamin dan mineral mungkin membantu menghadapi kesan toksin tetapi wanita hamil perlu mendapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan.
Pendedahan ke atas toksin tertentu mungkin dapat dikurangkan dengan menjauhkan diri dari suasana pencemaran seperti menggunakan penapis air. Merkuri boleh didapati di dalam sesetengah ikan, proses industri dan perubatan pergigian.
Kadmium didapati di dalam asap rokok, baten, makanan dingin beku dan makanan dari hasil tapisan lain seperti tepung. Bagi mengelakkannya, jauhkan dari asap rokok dan makan makanan hasil tapisan sebaiknya.
DADAH
Dadah yang keras boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Jadi sesiapa yang mengalami ketagihan harus menghentikan pengambilannya sebelum membuat keputusan untuk hamil.
Kebanyakan dadah dan ubat-ubatan akan melalui rahim dan masuk ke dalam sistem bayi. Jadi walaupun ubat itu diketahui tidak begitu meninggalkan kesan ke atas bayi tetapi sebaiknya elakkan pengambilannya ketika hamil.
Apabila ibu memerlukan ubat untuk mengatasi penyakit yang dihidapi semasa hamil, nasihat doktor amat diperlukan bagi mencegah sebarang risiko ke atas bayi.
Bagi kebanyakan wanita, persoalannya adalah lebih kepada pengambilan tablet seperti aspirin atau paracetamol untuk sakit-sakit biasa. Sesetengah kajian mendapati bahawa aspirin yang diambil semasa hamil boleh mengurangkan tahap keselamatan bayi dan berat badannya, IQ dan kebolehan penumpuannya. Bagaimanapun, kajian ini belum terbukti tetapi ibu dinasihatkan mengelakkan pengunaannya.
Ubat paracetamol untuk pengunaan tertentu sering disangka selamat tetapi adalah lebih baik bagi mengelakkan ubat ini dalam minggu ke 12 pertama kehamilan. Bagi mereka yang menderita sesuatu penyakit ini adalah masa paling baik bagi mengawalnya melalui diet dan gaya hidup.
Dapatkan nasihat ahli farmasi dan beritahu dia bahawa anda sedang hamil sebelum membeli sebarang ubat. Cuba hadapi sakit-sakit biasa dan kecil melalui kaedah yang mudah selain penggunaan ubat. Sebagai contoh, masalah sembelit boleh diatasi dengan senaman, pemakanan tinggi serat dan minuman selain mengambil laxatif dan sebagainya.
Sesetengah bahan pemakanan semulajadi juga boleh menjejaskan kehamilan akibat terlebih kuantiti vitamin A, D dan C. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil persediaan herba atau vitamin tambahan.

[TIPS MAKANAN]


10 Makanan Khas Untuk Orang Perut Buncit
Perut buncit memang satu istilah yang sangat sensitif bagi kita semua. Tapi ramai di kalangan kita yang mengalaminya. Ianya tak boleh dibiarkan dan harus diatasi secepat mungkin. Jadi macam mana nak kempiskan perut? Langkah awal adalah dengan menjaga pemakanan. Jom kita lihat 10 makanan khas untuk orang buncit. 


  • Bijirin Oat - Sarapan yang tinggi serat mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding sebiji donut. Pilih bijirin oat asli tanpa perisa dan tambahkan keenakkanya dengan susu ataupun buahan segar seperti kismis dan beri
  • Badam dan Kekacang - Mampu membuatkan perut anda langsing tanpa mendatangkan rasa lapar. Pilih kacang tanpa garam dan makanlah badam 24 biji sehari tanpa perlu bimbang terlebih kalori
  • Telur - Telur mengandungi B12, iaitu zat yang diperlukan tubuh untuk membakar lemak. Bersarapanlah dengan 2 biji telur
  • Serbuk protein - !a mengandungi asid amino yang berupaya membakar lemak dan membina otot.Campurkan 2 sudu kecil serbuk protein ke dalam sajian susu kocak anda. Sesuai diminum sebagai sarapan ataupun sebelum bersenam. Seeloknya hidangan susu kocak anda adalah susu rendah lemak tanpa perisa. ELAKKAN mencampur serbuk protein anda dengan campuran SUSU COKLAT kerana ia tidak menjadikan minuman anda itu lebih sihat
  • Buahan beri - Semua jenis beri segar sangat kaya dengan kandungan serat meskipun saiznya kecil. 1 cawan rasberi mengandungi 6 gram serat
  • Daging Tanpa Lemak dan Ikan - Daging dan ikan merupakan sumber protein yang terbaik. Pilihlah potongan daging bersih tanpa lemak/ayam tanpa kulit dan ikan dalam menu makanan harian anda
  • Minyak Zaitun - Dapatkan lemak dari MINYAK tidak tepu yang sihat seperti yang terkandung dalm minyak zaitun. Ia juga mampu mengawal kolestrol dalam darah anda agar lebih stabil
  • Mentega Kacang - Anda boleh mengambil mentega kacang dengan kadar yang terhad. Kandungan niasin dalam mentega kacang berfungsi untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan kembung perut.
  • Kekacang dan Bijian - Merupakan makanan yang mempunyai rendah kalori dan sangat tinggi serat yang diperlukan untuk membina otot. Ia boleh membantu mengurangkan berat badan anda dengan lebih efektif dan mengekalkan keanjalan otot
  • Sayuran Hijau - Makan sayuran hijau mampu memberi khasiat dan bermanafaat dalam membetuk perut yang kempis. Sayuran seperti bayam dan brokoli mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori, manakala salad dan kubis tidak langsung mengandungi serat
  • Bijirin Gandum Penuh - Pilihan karbohidrat yang terbaik untuk diet, membekalkan sumber tenaga dengan cepat dan memberi rasa kenyang yang lama. Seratnya baik untuk penghadaman dan penyingkiran toksin dari badan anda. Pilihlah roti yang tertera ‘whole grain’ atau ’100% whole wheat’

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



Seminar 'Budaya Kerja Produktif' anjuran Sapura Industrial Berhad diteruskan lagi hari ini 29 April di Faizworld Training Centre bersama En Fadzli Aziz, motivator & juga personaliti TV ALhijrah.

[TIPS PELABURAN]- Warren Buffett


Tuesday, 28 April 2015

[TIPS KEWANGAN]


Petua Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Wanita
Wanita lazimnya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempercepatkan langkah ke arah menikmati kedudukan kewangan yang lebih baik. Mempercepatkan langkah bermakna perlu mempertingkatkan pendapatan mereka supaya mereka mempunyai lebih banyak wang untuk disimpan dan dilaburkan bagi mencapai matlamat kewangan mereka dalam tempoh masa singkat. Di sini ada beberapa cara wanita boleh menambah pendapatan: 

1. Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan
Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.  


2. Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang 
 
Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah wanita pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa wanita lazimnya berjaya dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.

  
3. Cari peluang di sekeliling anda 
Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri. Ibu-ibu tidak perlu bimbang meninggalkan anak-anak mereka di rumah tanpa penjagaan.

 
4. Kitar semula dan dapat wang


Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda. Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit.  



5. Melanjutkan pelajaran


Wanita perlu berazam untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan supaya dapat mencapai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada orang lain. Peluang untuk mencari kerja yang lebih baik, peningkatan kerjaya dan kenaikan pangkat boleh dicapai dengan mempunyai kemahiran dan kelulusan yang diperlukan. Jika anda mampu membayar yuran tiusyen atau perbelanjaan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran, mungkin sekaranglah masa yang tepat untuk berbuat demikian sebagai persediaan untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik yang memerlukan kemahiran dan kelulusan tertentu. Contohnya, jika kelulusan tertinggi anda ialah SPM, anda boleh melanjutkan pelajaran dengan mengikuti kursus di peringkat sijil atau diploma. Anda juga patut mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan yang diperlukan seperti biasiswa dan pinjaman pelajaran.  



6. Bina satu rangkaian kerja

Sebagai wanita, anda dianggap sebagai peramah dan mudah berkawan. Gunakan tanggapan ini dengan mendekatkan diri kepada wanita lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi wanita untuk bertukar-tukar IDEA dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran.  

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



Kelas BUDAYA KERJA PRODUKTIF anjuran Sapura Industrial Berhad sedang berlangsung sekarang di Faizworld Training Centre.
Speaker ~ Ustaz Ahmad Fadzli Abd Aziz

Selamat menimba ilmu yang barakah buat semua peserta

[TIPS MOTIVASI]- Mahatma Gandhi



Monday, 27 April 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



Kelas Facebook Marketing bersama En Muhammad Firdaus sedang berlangsung sekarang di Faizworld Training Centre.
27 april 2015.


[TIPS KECANTIKAN]


Petua Putihkan Gigi Yang Kuning
Gigi kuning yang di sebabkan merokok, faktor makanan dan minuman, memang warna gigi asli dan juga faktor usia boleh diputihkan dengan petua yang mudah untuk diamalkan.
1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mencuba cara ini.
2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih bersinar dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


[TIPS PERNIGAAN]- Carlos Ghosn


Saturday, 25 April 2015

[TIPS KELUARGA]


MENJEMPUT KEBERKATAN DALAM PERKAHWINAN
Bagi pasangan yang bakal berumahtangga, semestinya hari yang bersejarah ini dinantikan dengan penuh debaran. Segala perancangan untuk hari tersebut pastinya disusun rapi. Namun, dalam kita sibuk menyusun perancangan untuk hari bahagia ini, usah dilupakan pula aspek keberkatan agar majlis pernikahan ini diredai oleh Allah.  Jadi persoalannya, bagaimana dapat kita peroleh keberkatan dalam perkahwinan serta mendapat keredaan-Nya?  Bagi menjawab persoalan ini, saya kongsikan keprihatinan saya kepada bakal mempelai supaya dapat kita renungkan bersama. Elakkan mana yang sepatutnya dielakkan. Yang perlu diberikan tumpuan, berikan keutamaan padanya.

1.         FOTO ALA SUAMI ISTERI
Amalan berfoto bersama sebelum nikah semakin berleluasa dalam kalangan pengantin Melayu-Islam. Seolah-olahnya foto pra-perkahwinan untuk album tatapan hadirin pada majlis persandingan sudah menjadi trend yang sukar disekat.
Tidak cukup sekadar album, kita dapati pula kad jemputan walimah juga berlatar gambar mempelai bersama lengkap dengan busana pengantin!
Oleh itu, suka untuk saya mengingatkan agar pasangan mempelai dapat bersabar sehinggalah selepas diijabkabulkan. Bak kata pepatah: “ Takkan lari gunung dikejar!” Selepas diijabkalulkan, bergambarlah sebanyak mana pun kerana anda dan pasangan sudah rasmi sebagai suami isteri.
Sebagai alternatif, bolehlah sesi foto tersebut diadakan sejurus selepas bernikah, dengan majlis walimah diadakan beberapa minggu atau hari selepas itu.

2.         PAKAIAN
Memilih pakaian untuk hari pernikahan pastinya merupakan saat yang paling menguja bagi sebilangan besar mempelai khususnya pengantin wanita. Maklumlah pengantin lelaki biasanya tidak cerewet. Berbaju Melayu, bersamping serta bertanjak atau bersongkok sahaja sudah cukup untuk menampilkan ketampanan.  Tidak salah untuk ingin kelihatan anggun, tetapi janganlah melampaui batas sehingga pakaian yang dipilih menampakkan bentuk tubuh badan. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam memantau pakaian yang dipilih oleh anak perempuan mereka.

Yang lebih menyedihkan, kadangkala ia berlaku pada pasangan yang biasanya cukup sopan pada hari biasa, tetapi tidak pada hari pernikahan.  Usahlah kita menggadaikan prinsip yang selama ini kita pegang semata-mata untuk bergelar raja dan permaisuri sehari.

3.         KHUTBAH NIKAH
Saat yang paling penting ketika majlis akad nikah ialah ketika khutbah nikah dibacakan oleh tuan kadi. Ketika itu, jurunikah akan menerangkan peranan dan tanggungjawab bakal suami dan isteri dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.
Sering saat yang seharusnya hening dan sepi ini ditenggelami oleh hilaian tawa riang hadirin, sembang antara tetamu serta deringan telefon pengunjung majlis. Ini tidak termasuk dengan keadaan sesetengah pengantin wanita yang tidak mengambil kisah untuk mendengarkan khutbah, tetapi berbual pula dengan teman-teman atau pengandam mereka.  Berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas naib kadi, adalah baik sekiranya pengantin wanita dapat duduk berdekatan dengan tempat akad nikah agar mempelai dapat menyaksikan sendiri majlis akad nikah berlangsung. Selain itu, ia akan lebih fokus mendengarkan kandungan khutbah nikah yang dibacakan kadi.

Hal ini demikian kerana selain mengingatkan tangungjawab seorang suami isteri, jurunikah juga biasanya akan turut sama meminta pihak pengantin lelaki membacakan lafaz taklik sesudah akad nikah berlangsung.
Kandungan lafaz taklik ini sangat penting, kerana padanya terkandung hak-hak isteri jika pihak suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada tempoh masa tertentu.

4.         LAFAZ AKAD NIKAH
Kerap terjadi lafaz penerimaan nikah pengantin lelaki yang berjaya diungkapkan dengan sempurna disambut dengan tawa riang. Kadangkala diiringi dengan tepuk tangan dan sorakan tetamu khususnya daripada teman dan sahabat handai pengantin lelaki.
Ingatlah, di sebalik kejayaan lafaz penerimaan nikah, tersimpul tanggungjawab baru yang amat berat dipikul oleh pengantin lelaki yang diambil alih daripada wali pengantin perempuan.  Apalah ertinya membanggakan kejayaan melafazkan sekali akad, andainya hayat rumahtangga selepas itu hanya seketika sahaja.

Alangkah baiknya jika kegembiraan tersebut diiringi dengan ucapan kesyukuran dan pujian kepada Yang Maha Esa. Ditambah pula dengan iringan doa para tetamu kepada kedua mempelai utnuk menjemput keberkatan dan keselamatan dalam rumah tangga yang didirikan.

5.         SOLAT
Suka diingatkan dalam keadaan kita sibuk bergambar dan bertukar-tukar pakaian ketika menjadi raja sehari. Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan Muslimah usahlah pula dilupakan sama sekali. Janganlah sekali-sekali kita meninggalkan atau mengqada solat lantaran kesibukan majlis atau kesulitan membersihkan solekan. Malah, jadikanlah hari pernikahan kita sebagai satu permulaan untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan agar kita sentiasa memperoleh rahmat Allah.

Oleh yang demikian, setiap bakal pasangan suami isteri perlu merancang dengan teliti majlis pernikahan mereka, agar perjalanan majlis tetap dalam ketaatan kepada Yang Maha Esa.  Diharapkan segala peringatna ini dapat dijadikan antara senarai petunjuk penting sebagai tambahan kepada persediaan majlis pernikahan yang sedia ada. Saya mendoakan semoga semua majlis pernikahan yang dijalankan nanti bukan sahaja meriah, malah diberkati Allah juga.

Wallahu a’lam.

[TIPS KEPIMPINAN]- Bapak Jokowi


Friday, 24 April 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Untuk andA semua yg masih tercari2 bilik seminar yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan di Bandar Baru Bangi untuk hari esok 25 april 2015, boleh hubungi kami di training_course@faizworld.com, 069219110
Harga mampu sewa dengan kemudahan percuma seperti wifi, projektor, whiteboard, àlattulis, pa system, wireless mic, flip chart, kidsroom, kerusimeja dan lain2 lagi.
Hubungi kami segera

[TIPS AGAMA]


6 Kelebihan Hari Jumaat:Selamat Hari Jumaat!
1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak adamood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

[TIPS TEKNOLOGI]- Bill Gates


Thursday, 23 April 2015

[TIPS MELANCONG]


Elakkan Beg Terlebih Muatan
Membawa barang yang banyak terutama ketika melancong dalam tempoh lama sememangnya perkara biasa.
Pasti banyak barang yang perlu di bawa bagi memenuhi segala keperluan sepanjang melancong.
Bagaimanapun, barang yang banyak menuntut anda membawa beg besar atau banyak sekali gus membuatkan ia terlebih muatan.
Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlu memilih barangan yang dibawa benar-benar keperluan ketika melancong.
Ada juga situasi selepas mengemas didapati beg yang bakal dibawa besar dan sangat padat walaupun anda sudah meminimumkan barangan yang dibawa.
Perkara ini biasanya terjadi disebabkan cara penyusunan barang.
Oleh itu, tip mengemas beg secara praktikal ini mungkin boleh membantu anda sekali gus meringankan beg yang bakal dibawa.
* Pertama, ketika meletakkan pakaian dalam beg, gulung terlebih dulu pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga dapat mengurangkan kedut pada baju anda.
Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil mungkin.
* Kedua, letakkan barang yang paling berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg juga lebih seimbang. Kemudian diikuti dengan barangan lain.
Perlu diingat, untuk membawa barang seperti komputer riba atau kamera, pastikan anda meletakkannya terlebih dulu ke dalam bekas yang tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.
* Ketiga, jika membawa kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya dalam botol atau saiz yang kecil.
Selain dapat menjimatkan pemakaian, tentunya menjimatkan ruang dalam beg anda.
* Keempat, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi itu berlaku jika anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.
Justeru dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau peluh.
* Kelima, asingkan barang yang amat penting seperti dompet atau pasport ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda mengambilnya ketika diperlukan. Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi pakaian dan barangan lain.
* Keenam, jika membawa kasut lebih, bungkus saja ia dengan plastik supaya menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal pula, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal.
Pastikan juga ketika anda pergi dan pulang dari bercuti anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan seluar jeans.
Langkah itu boleh meringankan beban barangan yang dibawa ketika pergi melancong.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]