Like Us on FB

Monday, 16 March 2015

[TIPS PERMAKANAN]



W

Apabila umur bayi anda meningkat, susu ibu sahaja tidak boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan, seperti zat besi.


Puncak setiap bar di dalam gambarajah di atas menunjukkan jumlah zat besi yang diperlukan oleh seorang bayi setiap hari pada umur yang berbeza. Bayi yang dilahirkan cukup bulan mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi (ruang merah jambu) untuk memenuhi keperluannya di peringkat awal. Susu ibu tidak membekalkan banyak zat besi (ruang kelabu), oleh itu terdapat jurang yang luas antara keperluan bayi dengan yang dibekalkan oleh susu ibu terutamanya dalam tahun pertama.

Selepas 6 bulan, simpanan zat besi akan habis digunakan. Ini bermakna bahawa makanan pelengkap yang kaya dengan zat besi diperlukan untuk mengisi jurang zat besi tersebut. Jika bayi tidak mendapat cukup zat besi, dia mungkin mengalami anemia, terutama pada umur antara 6 hingga 12 bulan, memandangkan jurang zat besi adalah paling luas ketika tempoh in


No comments:

Post a Comment