Like Us on FB
promo_5
Friday, 6 March 2015
[TIPS MOTIVASI]
Ada hari dimana kita berasa ‘malas’ atau tidak bermotivasi untuk ke tempat kerja dengan pelbagai sebab. Kerja yang terlalu banyak, rakan sepejabat atau bos yang buat hal ataupun memang tidak minat untuk bekerja. Ia akan menjadi lebih teruk bagi mereka yang tidak mempunyai motivasi ke tempat kerja seperti kemurungan, tekanan, sakit dan sebagainya. Jadi terdapat beberapa tips untuk meningkatkan motivasi ke tempat kerja. Selamat mencuba :)
1. Kata Semangat Untuk Diri Sendiri
Beri kata-kata semangat kepada diri sendiri sebelum memulakan minggu pekerjaan. Katakan pada diri sendiri yang anda boleh mengharungi minggu ini seperti minggu-minggu yang lepas. Fikir positif dan menulis nota positif untuk diri sendiri dan cuba perbaiki diri. Bagi umat Islam, anda boleh berdoa supaya minta ditenangkan hati dan dipermudahkan urusan di dalam setiap pekerjaan.
2. Hadiah
Hadiahkan diri anda dengan secawan kopi ataupun sarapan kegemaran anda sebelum memulakan kerja. Beri insentif kepada diri sendiri seperti membuat rancangan makan tengah hari. Jadual sesuatu yang baik selepas kerja , seperti senaman, perjumpaan dengan rakan-rakan, atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah.
3. Lakukan Perkara Yang Mudah
Jika anda tidak kerja yang ‘urgent’, buat ‘to-do list’ dan lakukan pekerjaan yang mudah terlebih dahulu untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja sekaligus mematikan semangat untuk bekerja. Minta sokongan yang anda perlukan daripada pasangan anda, rakan-rakan dan keluarga
4. Kurangkan interaksi
Jika anda tidak bermotivasi, cuba kurangkan interaksi dengan rakan sekerja atau bos anda. Dapatkan tumpuan di dalam bekerja dengan mengehadkan interaksi : memakai earphone anda, jangan jaga tepi kain orang lain, menutup pintu pejabat anda dan hanya berkomunikasi melalui emel. Mungkin ini dapat mengurangkan tekanan anda dan membantu anda berfikir dengan lebih baik.
5. Sokongan
Dapatkan sokongan moral dari rakan baik ataupun keluarga. Dapatkan juga bantuan pakar kaunseling jika anda menghadapi masalah yang lebih serius di tempat kerja. Kadang-kadang manusia tidak bermotivasi di tempat kerja bukan kerana tidak sukakan pekerjaannya, tetapi orang di sekeliling juga boleh membantutkan semangat untuk bekerja.
6. Syukur
Daripada memberi fokus kepada semua sebab anda tidak mahu pergi kerja, cuba beri tumpuan kepada bahagian yang baik. Anda masih hidup . Anda mempunyai pekerjaan. Anda tidak benar-benar sakit , dan beryukur menggalakkan pemikiran positif yang menarik tenaga yang baik.
7. Amalan penjagaan diri
Keluar dari pejabat dan berjalan untuk menenangkan fikiran anda. Dapatkan rehat, pemakanan dan senaman yang betul. Kerja, kerja juga, kesihatan jangan dilupa.
8. Rancang Masa Hadapan
Jika anda tidak ada pilihan lain, anda perlu rancang masa hadapan anda dengan cuba mencari kerja di tempat lain. Mungkin persekitaran dan cara kerja tidak sama, akan tetapi kalau tak cuba kita tidak akan tahu. Cari tempat kerja yang sesuai dengan minat anda dan yang penting, selalu berfikiran positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment