Tahun ini, apa kata cuba ubah pemikiran bahawa percutian sebaiknya dirancang lebih awal dan teliti. Sebagai contoh, bilakah tarikh yang sesuai untuk bercuti, tempoh percutian, di mana anda akan menginap dan sebagainya.
Bila semuanya dirancang dengan awal, anda pasti boleh bercuti setiap tahun dengan perbelanjaan yang lebih murah.
Tips melancong ini mungkin dapat membantu anda untuk merancang percutian supaya percutian anda bukan saja menyeronokkan, selesa tetapi juga lebih menjimatkan. Selamat bercuti!
Tentukan waktu yang tepat
Pertengahan atau akhir tahun biasanya antara masa bercuti yang disukai ramai. Jadi, cuba elakkan pergi bercuti pada masa itu kerana harga tiket dan hotel boleh melonjak naik.
Jika memang mahu bercuti di tempat yang sama tetapi dengan belanja yang jauh lebih murah, berkunjunglah semasa tidak ramai orang. Menjelang musim cuti atau selepas musim cuti, harga tiket atau hotel biasanya sudah turun.
Tentukan tempoh percutian
Bercuti tidak seharusnya selalu dilakukan dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi jika kewangan tidak begitu memberangsangkan.
Cuti hujung minggu saja sudah mampu untuk membuatkan tubuh badan dan fikiran kembali tenang dengan kerja yang sentiasa membebani. Dengan tempoh cuti yang singkat, anda juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Menabung dari awal tahun
Jika anda merancang untuk melancong di musim cuti, cara termudah untuk menikmatinya tanpa perlu menanggung perbelanjaan yang membebankan adalah dengan menabung sejak beberapa bulan sebelum percutian itu.
Seperti contoh, bajet untuk melancong itu lebih kurang RM10,000, cuba asingkan duit yang perlu setiap tahun untuk mencapai target terbabit. Jika ada bonus, lebihkan wang yang disimpan untuk tujuan bercuti. Justeru, jika merancang untuk bercuti hujung tahun ini, menabunglah dari sekarang.
Gunakan promosi dari syarikat penerbangan
Gunakan promosi dari syarikat penerbangan
Buat perancangan sejak awal dan di mana anda mahu bercuti. Dengan itu, anda sudah boleh mendapatkan tiket promosi dari syarikat-syarikat penerbangan tambang murah dengan harga yang benar-benar rendah.
Anda mungkin boleh menjadi ahli di laman web sesuatu syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat lebih awal mengenai pakej-pakej promosi yang ditawarkan. Ia pasti sesuatu yang sangat menguntungkan.
Walau bagaimanapun, anda sudah tidak boleh membatalkan rancangan percutian anda ketika dengan pembelian tiket promosi itu kerana wang tidak akan dikembalikan.
Pilih bilik keluarga atau apartmen
Jika bercuti dengan keluarga, menempah bilik keluarga adalah sangat menguntungkan daripada menempah dua bilih dengan satu katil tambahan.
Alternatif lain adalah dengan menyewa apartmen untuk beberapa malam. Keuntungannya, dengan bilik apartmen anda boleh menggunakan dapur yang ada untuk memasak makanan sendiri.
No comments:
Post a Comment