Tips Motivasi Pagi Untuk Tampil Lebih Bersemangat
1) Bersyukur – Bangun dengan rasa bersyukur kerana kita masih bernafas dan diberi peluang lagi untuk menikmati kehidupan di dunia ini dan memperbaiki segala kekurangan. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada untuk menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya.
2) Motivasikan Diri – Selepas bersarapan (seeloknya sarapan yang menyihatkan), luangkan beberapa minit untuk membaca kata-kata atau artikel ringkas berbentuk motivasi. Elak dari perbuatan yang membawa kesan negatif seperti mengumpat, membaca artikel gosip dan sebagainya. Niatkan dalam hati untuk cuba elak dari perkara-perkara negatif sepanjang hari.
3) Tetapkan Target – Sebelum melangkah keluar dari rumah, tetapkan satu target yang ingin dicapai sebelum pulang ke rumah petang nanti. Contohnya nak siapkan kertas kerja dalam masa tertentu atau nak tetapkan target jualan ataupun nak bentangkan projek dengan penuh berkeyakinan.
4) Ikhlaskan Hati – Mulakan pagi yang baru dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain. Lupakan segala kesedihan semalam. Buang jauh-jauh semua rasa negatif dalam diri. Tarik nafas, tenangkan diri dan senyum dengan ikhlas.
5) Buat sesuatu Yang Memperbaiki Mood – Sebelum memulakan tugasan, lakukan sesuatu yang boleh membuat diri korang rasa ceria. Contohnya mendengar lagu yang menghiburkan, melayan kerenah anak anak ataupun anak anak bulus sebelum melangkah ke tempat kerja, makan sarapan kegemaran atau bersarapan bersama keluarga dalam suasana yang riang ataupun apa sahaja perkara lain yang mampu membuatkan korang berada dalam mood positif.
Mudah-mudahan tips motivasi pagi ini akan membuatkan kita semua rasa lebih bersemangat. Apa yang penting mulakan hari yang baru dengan bersujud kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment