Like Us on FB

Monday, 16 March 2015

[TIPS KEWANGAN] Hatasi masaalah anda denagan bijak ..



Anda ada masalah kewangan? Ramai orang ada. Saya dulu pun ada dan ramai anak didik saya pun ada mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Most of the time, ada 5 isu kenapa masalah kewangan timbul: -
Makan gaji dan gaji rendah ke sederhana
Kos sara hidup semakin meningkat
Tuntutan gaya hidup yang banyak
Tidak ada ilmu urus kewangan dan pelaburan
Hutang yang tidak pernah berkurangan
Masalah itu tidak selesai sehingga kita belajar dan bertindak mencari jalan selesaikannya. Apa “jalan” yang ada? Kerana jika teruskan meminjam bukanlah pilihan yang terbaik, short term ok tapi lama-lama beban hutang kita akan sesak ke kepala.

Cadangan saya:-
Jika bekerja, upgrade diri agar di naikkan gaji. Samada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.
Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek.

Berniaga atau Pelaburan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga atau melabur samada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang bagus.
Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik, begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.
Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar, kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.
Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.

Sedekah sedikit. Semua orang ingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajaR ..

No comments:

Post a Comment