Like Us on FB
promo_5
Thursday, 5 March 2015
[TIPS PERCUTIAN]
BERCUTI DENGAN HATI
Jangan terbawa nafsu, ingat kemungkinan risiko yang bakal dihadapi. Sebenarnya percutian yang indah tidak terlalu terikat
dengan masa, tempat dan wang asalkan hati anda senang dan dapat menikmatinya dengan gemilang.
Lakukan perjalanan hati, pastikan tiada sesiapa tergores hati, isikan perjalanan itu dengan rasa gembira , keintiman sebuah
keluarga yang saling memahami. Kasih sayang dan toleransi hendaklah ditonjolkan, rasa riang dan hormat menghormati
mesti dijaga sepanjang perjalanan.
UTAMAKAN KERIANGAN KELUARGA
Matlamat bercuti sememangnya untuk memberi ketenangan hati, kegembiraan dan rasa keintiman sesama anggota keluarga.
Kalaupun terjadi sebarang insiden yang tidak diinginkan semua boleh diterima dengan lapang dada, yang penting tetap ceria.
Semuanya bergantung keadaan hati masing masing.
BARANG PENTING KETIKA MELANCONG
Percutian adalah saat yang dinanti dan membuatkan sesiapa saja tidak sabar untuk ke destinasi pilihan.
Semua keperluan penting termasuk dokumen perjalanan, duit belanja dan tempat penginapan sudah tersedia. Namun, yang
menjadi masaalah adalah barangan ingin dibawa terlebbih muatan dan menyebabkan banyak beg yang perlu dibawa atau
memaksa anda meninggalkan beberapa barang yang perlu dibawa.
1. Tinggalkan peralatan kecantikan anda.
2.Jangan bawa perhiasan atau barangan berharga
3. Bawa satu buku panduan sahaja
4.Jangan membawa pakaian lebih daripada keperluan.
EMOSI
Kawal emosi anda. Jangan terlalu mengharap kesempurnaan dan layanan yang anda inginkan. Ingat ! orang lain juga
mempunyai emosi. Jangan membazir wang anda jika percutian anda tidak membawa keseronokan hanya anda marahkan
seseorang dengan isu isu remeh.
NILAI WANG ANDA
Jangan mengharap lebih dari apa yang anda bayar. Jangan jadikan diri anda cemuhan orang jika anda meminta lebih dari apa
yang anda bayar. Sebaiknya kaji dulu destinasi anda supaya anda tidak kecewa apabila mendapati destinasi itu tidak
memenuhi impian anda.
Jangan terlalu teruja mendapati pakej percutian yang terlalu murah ataupun tawaran yang begitu menarik. Selidiki dulu syarikat
yang membuat tawaran itu. Layari laman Kementerian Pelancongan dan pastikan syarikat itu di beri lesen untuk menjalankan
aktiviti pelancongan. Anda juga boleh melayari laman web MATTA untuk menyemak syarikat yang berlesen dan menjadi ahli
MATTA.
ELAK TEKANAN KETIKA MELANCONG
Percutian sesuatu yang menyeronokan, peluang menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat atau rumah.
Namun, ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan membuatkan kita menjadi tertekan.
Wang adalah hal terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Periksa kembali jumlah
wang anda. Tekanan sering dihadapi kerana wang yang tersedia selama percutian tidak mencukupi.
Untuk mengatasi masaalah ini, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan percutian, anda perlu menyimpan duit yang
cukup untuk dibelanjakan sepanjang bercuti.
Berdasarkan bajet anda, pilih destinasi percutian yang tidak lari dari bajet. Selepas itu, rancang perjalanan anda.
Jangan ragu untuk mengunakan khidmat agensi pelancongan jika anda tahu cara memilih agensi yang terbaik dan
menawarkan harga cukup berpatutan.
Jika anda bercuti bersama kawan kawan atau secara berkumpulan, anda mungkin akan mudah merasa tertekan, lebih lebih
lagi ketika mengatur jadual perjalanan sepanjang bercuti.
Oleh yang demikian, jika memang susah untuk merancang aktiviti sepanjang bercuti, gunakan saja agensi pelancongan dan
minta mereka menyediakan pakej bersesuaian dan terbaik untuk anda serta kawan kawan atau keluarga.
Jika anda menggunakan khidmat agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu, wang
yang akan dibawa dihabiskan, dimana anda akan menginap dan tempat akan dikunjungi.
Pastikan anda sudah mengetahui semua jadual perjalanan selengkapnya. Jika anda merancang percutian sendiri tanpa
bantuan pelancongan pula, buatlah jadual perjalanan sendiri. Ini akan memudahkan anda saat bercuti nanti.
Jika anda bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan dipersiapkan sepenuhnya terutama yang akan
digunakan sebelum dan semasa penerbangan serta berada di destinasi.
Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan anda tertekan.
Berkemas. Pastikan anda membawa pakaian selesa dipakai dan sesua dengan cuaca tempat dituju.Berkemas sebaiknya
bagi mengelak anda membawa barangan berlebihan atau kurang.
Ada kalanya, kita sudah merancang semuanya tetapi ada saja hal tidak diduga berlaku. Oleh itu, apapun terjadi elakandari
merasa tertekan dan pastikan anda dapat menikmati percutian anda tanpa cemas.
JANGAN ABAI INFO
Walaupun selepas merancang dengan teliti pasti anda terlepas pandang beberapa perkara tak diduga. Apatahlagi jika
menjejak kaki ke negara yang sukar untuk dapatkan barangan halal.
Bahasa pula menjadi halangan kerana sesetengah negara tidak mengusai Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Bagaimanapun, berusahalah mendapatkan maklumat ketika mengunjungi sesebuah negara walaupun dalam waktu yang
singkat.
Tonton televisyen, membaca suratkhabar serta majalah. Apabila melakukan perkara ini, anda akan mengetahui situasi di
negara terbabit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment