Hai! Jumpa lagi. kali ini saya ingin menyentuh tentang kecenderungan membeli dan memiliki perabot jati. Seingat saya, bila bertandang ke rumah orang waktu kecil dahulu, tak pernah tengok pun perabot jati. Tetapi sejak kebelakangan ini, sudah berlaku lambakan di pasaran. Semakin ramai pengusaha mengimport dari negara luar terutama Indonesia dan juga Thailand. Tidak kurang juga pengilang atau pengeluar tempatan.
Ada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia sibuk mengusahakan tanaman pokok jati. Ini disebabkan permintaan yang semakin meningkat mendadak daripada pengguna. Bagi kita pengguna, kenapa suka sangat perabot jati ni?. Adakah hanya mengikut trend?.
Mengikut sejarahnya, kayu jati ni dah lama digunakan. Orang Cina yang mula menggunakannya untuk membuat kapal kerana mempunyai minyak semulajadi yang membuatkannya kalis air dan tahan untuk pelbagai cuaca. Minyak ini dengan sendirinya menjadi pelindung daripada mereput disebabkan kulat dan anai-anai. Bagi kapal-kapal yang sudah sampai usianya, orang tempatan di situ mengambil kayunya untuk dibuat perabot seperti katil, meja dan kerusi. Dan hingga hari ini kayu jati masih digunakan untuk membuat dek (lantai) kapal atau bot kerana tidak mudah licin atau reput akibat air laut.
Oleh itu kayu jati mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Keistimewaan ini yang sepatutnya anda jadikan alasan untuk memilikinya, dan menjadi panduan kepada anda dalam dekorasi rumah anda.Panduan beli perabot kayu. Perabot jati boleh dikatakan tidak memerlukan penjagaan untuk mengekalkan ciri-cirinya. Cukup dengan menggunakan minyak yang sesuai sekurang-kurangnya setahun sekali. Disebabkan ketahanannya, anda boleh menempatkannya di mana sahaja. Tidak perlu risau dengan dedahan cahaya matahari atau tempias hujan bila diletakkan berhampiran tingkap. Walhal sebenarnya, perabot jati sangat sesuai untuk kegunaan di luar rumah.
No comments:
Post a Comment