Like Us on FB

Saturday, 7 March 2015

[TIPS KELUARGA]


Masalah Rumah

 Tangga ? Amalkan Tips Keluarga Bahagia


Keluarga Bahagia
Marcapada ini, masalah dan rumah tangga memang tak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada sahaja berita mengenai masalah rumah tangga iaitu “CERAI EKSPRES”. Saya yakin dan pasti keruntuhan sesebuah institusi rumah tangga bukan sahaja berpunca daripada isteri atau suami. Tetapi adalah daripada kedua-dua belah pihak.
Pada hemat saya, keadaan ini berlaku kerana pasangan tiada matlamat yang jelas dalam perkahwinan yang dibina, sebaliknya mendirikan rumah tangga sekadar mengikut adat atau orang lain kahwin maka aku pun nak kahwin dan dan ada pula yang mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu menanggung dosa bersekedudukan.
Ramai yang saya lihat mahu berkahwin, tetapi ada yang langsung tidak mahu mencari atau menambah ilmu. Seolah-olah perkahwinan itu atas dasar suka-suka saja. Bagi mendirikan rumah tangga, pasangan perlulah membuat persediaan yang baik dan ia tidaklah semestinya sempurna.

.

No comments:

Post a Comment