POTONG KUKU IKUT SUNNAH & HARI YANG ELOK UNTUK MEMOTONG KUKU
Mari kita cuba amalkan, apa yang kita tahu, nanti kita akan dapat banyak lagi ilmu apa yang kita tak tahu.
Rasanya ramai dah tahu( dalam kitab ada dijelaskan), tapi elokkah jika kita selalusaling ingat-mengingatkan untuk kebaikan brsama.
barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt
Kesimpulannya hari yang baik untuk memotong kuku ialah Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain daripada hari-hari tersebut banyak mudaratnya !! Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan dan mengingatkan, patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak masalah, kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, semuanya dianggap kebetulan, mana ada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, kita yang selalu menganggap sesuatu perkara itu adalah kebetulan. Hakikatnya tiada sesuatu itu berlaku secara kebetulan. ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan yang juga atas keizinan Allah swt sama ada perkara yang baik maupun yang buruk.
Sekian Moga bermanfaat dan menjadi panduan bersama.
Wallahu 'AlamWassalam
No comments:
Post a Comment