Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di fb wall Pnut Shafinaz, seorang penulis skrip dan pengusaha kek. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan keizinan beliau. Kisah ini sangat menyentuh rasa, dan semoga anda mendapat manfaat darinya.
Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam Cik Bibah (nama kereta). Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 ringgit je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila RM42 dah penuh, saya pump juga sampai RM45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah-limpah keluar petrol.
Saya malas nak pergi masuk dalam minta refund lagi RM5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot-kot ada motor masuk, takde pun. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu, buat lambat-lambat sikit. Niat nak tunggu kot-kot ada motor masuk. Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20-an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada RM5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap, “Ambillah akak malas nak refund ke dalam.”
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul-betul macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Macam speechless gitu. Saya tanya dia, “Eh, apesal?”
Dia jawab dalam menahan sebak.
“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. Sebenarnya saya belum gaji, duit saya ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3 ringgit, tinggal 7 ringgit. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free.”
Saya pula sedih, saya senyum je cakap, “Dah tertulis rezeki awak.”
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah banjir dalam kereta. Ya Allah, bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ, semua Allah susun sebaiknya. Sepatutnya tadi saya guna kad debit seperti biasa, isi penuh ja, (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak), tetapi Allah ‘arahkan’ saya pi masuk bayar RM50 kat dalam, teragak nak isi RM45 sahaja, tapi hati kata RM50 baru penuh.. rupanya betul cuma RM45 sahaja. RM5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik-cantik.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting, saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar-benar serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak…”
No comments:
Post a Comment