Like Us on FB

Saturday, 28 February 2015

Alibaba vs eBay


Pierre Omidyar- Pengasas eBay.com

Jack Ma- Pengasas Alibaba.com

September 2014 , Alibaba.com yang di asaskan oleh seorang rakyat Republik China, Jack Ma telah menyenaraikan saham Alibaba di Wall Street USA.  Nilai tawaran awal sesaham ialah USD 68.00, ianya telah melonjak naik kepada USD 93.00 sesaham pada hari pertama di senaraikan di bursa Wall Street.  Alibaba.com adalah portal e-market atau e-procurement terbesar di dunia ada pendapat mengatakan penampilan Alibaba secara besar-besaran bakal membuatkan bintang eBay semakin pudar. Mengapa saham Alibaba di senaraikan Wall Street, US? Bukan di Tanah Besar China? Jawapannya kerana modal yang bakal di kumpulkan hasil penyenaraian amatlah besar, kerana pemodal pemodal dunia berkumpul di bursa pasaran Wall Street seperti tycoon saham Arab, Russia dan dari Negara sebelah Asia waima menyuntik modal mereka di Wall Street. 



Pierre Omidya, kelahiran kacukan Iran-Amerika adalah pengasas eBay yang terkenal.  Saham senaraian awam eBay di lancarkan pada tahun 1998, membuatkan Pierre Omidya terus di angkat ke dalam kelab billionaire pada usia 31 tahun. Portal eBay juga merupakan e-market dan e-procurement yang terkenal di seluruh dunia. 

Perhatikan kehebatan dua gergasi di bawah;


Alibaba
eBay
Nilai syarikat , di anggarkan USD 168 billion pada tahun 2014
Nilai syarikat , di anggarkan USD 71 billion pada tahun 2014
Jumlah Aset , di anggarkan USD 25 billion
Jumlah Aset , di anggarkan USD 45 billion
Negara di asaskan, Republik of China
Negara di asaskan, United States of Amerika

 


YANG MANA SATU PILIHAN ANDA !


Hasil Kajian Pena Emas : Khas untuk Faizworld Training Centre



No comments:

Post a Comment