Like Us on FB

Tuesday, 24 February 2015

[FENOMENA EKUINOKS]

Fenomena Ekuinoks



Fenomena Ekuinoks biasanya akan berlaku dua kali setahun di antara 20 March dan 22 September. Perkataan Ekuinoks itu sendiri mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dari terjemahan Latin Ekuinoks bermaksud aequus (sama) dan nox ( malam) – Sumber dari Wiki.


            Fenomena Ekuinoks juga akan melanda Malaysia pada March dan di jangka berlarutan sehingga April.  Pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang. Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.

Pendapat pakar mengatakan apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.

            Oleh itu kita di nasihatkan jangan terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama kerana suhu yang meningkat serta cuaca yang panas ketika Fenomena ini berlaku.

Apa biasanya yang akan berlaku kepada kita jika cuaca atau suhu meningkat?
1.      Emosi menjadi terganggu dan perasaan marah seringkali berlaku.
2.      Kehausan yang melampau.
3.      Sakit Kepala, pening dan sebagainya.
----

sumber tulisan : Pena Emas

No comments:

Post a Comment