MENTARI PAGI!!!!
selamat pagi diucapkan kepada semua pembaca blog FTC. Semoga sihat dan ceria pagi ini. Dah bersarapan atau belum? HEHEHE .. mai ler pekena teh tarik secawan ..heeee
Kadang kala bila kita bangun pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja, kita akan rasa kurang bersemangat. Sedikit sebanyak perasaan begitu akan membuatkan prestasi kerja kita terganggu. Betul tak?
Di sini , FTC ada 7 tips motivasi untuk tampilkan diri anda dengan lebih bersemangat ..
1.Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur..
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk menerukan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.
2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energynegative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dan ikuti Motivasi Bersama Dr.Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].hehhehe
Masuk sahaja ke tempat kerja , pasang niat dengan ikhlas anda mahu mencari rezeki intuk keluarga . Bila istiqamah dalam melakukannya, insyaallah rezeki anda pun akan mudah masuk dalam kehidupan seharian anda .
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik,ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Kalau nak sewa, boleh hubungi
Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com
Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE
Page FB :facebook.com/faizworldtrainingcentre
No comments:
Post a Comment