Kalau nak kaya, cara yang paling senang ialah dengan SEDEKAH JARIAH
[bukannya sedekah pada Jariah je ye..]
Tak susah kan??? semua orang boleh buat
kan Allah dah kata bagi setiap amal jariah akan dibalas dengan berganda2 pahala & kebaikan
pernah tak dengar pepatah What you give, you get back??
Tapi sedekah tu pun kena la ikhlas kerana Allah s.w.t bukannya sebab nak menunjuk2 tau
10 cara yang mudah untuk kaya melalui sedekah jariah ni ialah:
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca akan mendapat hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda kepada hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah & membangun dengan seseorang
4. Bantu mendidik seorang anak
5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda akan dapat hasanah.
6. Berkongsi CD AL-Quran, doa mahupun ceramah agama
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid - kewangan mahupun tenaga
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda akan mendapat hasanah
10. Yang paling mudah - SENYUM!!!
Mungkin ada pelbagai lagi cara untuk anda bersedekah & berkongsi disini. Aku hanya menyatakan sebahagian sahaja. Sapa yang nak tambah dipersilakan.
Ketahuilah sesungguhnya sedekah jariah itu merupakan kebajikan yang tak berakhir.
No comments:
Post a Comment