Like Us on FB

Monday, 23 February 2015

[AGAMA] tujuan al-quran dan maksudya ...




TAHUKAH ANDA ... ??






“QURAN” menurut pendapat yang paling kuat seperti yg dikemukakan Dr. Subhi Al Salih bererti “BACAAN”, asal kata QARAA. Kata Al-Quran itu berbentuk Masdar dengan erti isim ma'ful iaitu Maqru' (dibaca).

Di dalam Al-Quran sendiri terdapat penggunaan kata nama “QURAN” seperti yang disebut di dalam Surah Al-Qiaamah, ayat 17 & 18:


Mafhumnya: “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.”



Maka digunakan kata “Quran” itu untuk Al-Quran yang dikenali sekarang ini.



Definisi Al Qur'an:



Kalam Allah S.W.T yang merupakan Mu'jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.



Dengan definisi ini, kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi-nabi selain Nabi Muhammad S.A.W tidak dinamakan AL-QUR'AN seperti mana ZABUR yang diturunkan kepada Nabi Daud A.S, TAURAT yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S, mahupun INJIL yang diturunkan kepada Nabi 'Isa A.S.



Demikian pula kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah, seperti Hadith Qudsi, tidak pula dinamakan AL-QUR'AN.



Wallahu'alam..



Sabda Rasulullah S.A.W: “Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.” - Hadith Riwayat Muslim~

No comments:

Post a Comment