Like Us on FB

Thursday, 19 February 2015

[Motivasi Agama] SEDIKIT TAZKIRAH PADA HARI INI ..




MUDAH BERSEDEKAH , INSYAALLAH REZEKI PUN MUDAH MASUK DALAM SEHARIAN KEHIDUPAN KITA ...








Anda sedang minum dengan rakan-rakan sepejabat, sedang mengisi masa rehat tengahari. Sedang anda asyik menjamu selera datang seorang buta bertongkat membawa tisu untuk dijual dan di sampingnya seorang perempuan yang menolong memimpin sang buta tadi.


tips-untuk-mudah-bersedekah

Apakah reaksi anda ketika itu? Mengangkat tangan menandakan tidak mahu kepada mereka atau menyedekahkan sedikit wang daripada poket, lebihan daripada harga makanan anda tadi.

Datang pula seorang makcik tua yang membimbit beg plastik yang sarat dengan kerepek, menjual kerepek dengan hanya 3 jenis kerepek berharga RM 10. Kesian melihat makcik tua ke hulu dan ke hilir membimbit beg plastik itu demi mencari sesuap nasi. 

Apakah reaksi anda ketika itu? Mengangkat tangan menandakan tidak mahu kerana semalam pun kerepeknya masih banyak di rumah.

Datang pula seorang anak muda menjual buku, kelendar tahun baru dan CD agama, harga RM 25 sahaja, anak muda itu memohon izin untuk memberi sedikit penerangan tentang barangannya. 

Apakah reaksi anda ketika itu, mengangkat tangan menandakan tidak mahu. Kemudian mata kita menyorot anak muda itu tadi beralih ke meja yang lainnya.

Situasi ini sering berlaku kepada kita bukan? Apakah yang sering kita pandang dan lihat ketika kita berada di dalam kondisi sedemikian. Pada masa itu kita mesti melihat dengan mata hati. Hati kita sudah berkata kesian kepada orang buta, makcik dan anak muda itu. Mereka gigih mencari sesuap nasi dengan mengharapkan simpati manusia untuk membeli barangan mereka.

Adakalanya kita berpandangan serong dek kerana ramai yang mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup golongan ini terutama sang buta. Sehinggakan kita sendiri mengambil tindakan untuk tidak memberikan sedekah kepadanya kerana ini merupakan satu sindikit terancang seperti yang dibicarakan di televisyen.




" Orang Islam tidak bermakna orang beriman. Tetapi yang pasti orang beriman adalah orang Islam. Orang beriman pula tidak bermakna orang bertakwa. Apa yang pasti orang bertakwa adalah orang Islam yang beriman. Anda sekarang berada dalam kategori yang mana ? Fikir-fikirkanlah... Yosh! "


Kalau nak sewa, boleh hubungi

Faizworld Training Centre

D-12-3, Block D

Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com
Tel : 03-89289799, 0169219110
Berikan sokongan penuh anda dengan klik LIKE 

No comments:

Post a Comment