Like Us on FB

Wednesday, 25 February 2015

[USRAH] PENAWAR ROHANI

PENAWAR ROHANI
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW kepada anaknya Saidatul Fatimah Al Zahra
  • Berdoa – Mohonlah kepadaNya kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
  1. Baca Quran dan memahami maknanya
  1. Dirikan solat malam atau bertahajud
  1. Berkumpullah dengan orang-orang soleh
  1. Perbanyakkan berpuasa
  1. Berzikir dan bertasbih



1) Sulit meraih sesuatu yang diciptakan untuknya iaitu hilang rasa taat dan cinta kepada Allah dan menjadikan nafsu sebagai ilahnya
2) Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat
3) Pemiliknya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran (tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam)
4) Pemiliknya beralih daripada makanan bergizi kepada racun yang mematikan hati (mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan)
5) Pemiliknya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuknya.
Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur’an. Bila ia mencintai al-Qur’an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur’an itu kalamullah.” – Ibn Mas’ud
Bagi pendapat kebanyakan cendiakawan dan ilmuan islam dalam permasalahan hati, sesungguhnya penawar buat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk adalah melalui kaedah berikut :
Pendapat Raden Maulana Makdum Ibrahim (Sunan Boning) dalam pengobatan dan penawar hati terdapat 5 kaedah iaitu :
Perkara utama yang perlu ada untuk mengamalkan sesuatu ibadat ialah dengan ilmu. Allah SWT akan memandu kita melalui perantaraan ilmu. Yang penting kita ikhlas menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah.
Saya, merasakan perkara-perkara yang disarankan oleh ulamak itu mudah untuk kita jadikan latihan melaksanakannya kalau kita sering menjaga solat jemaah (surau/ masjid) dan menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Zikir, bangun malam dan berpuasa juga merupakan amalan yang memerlukan latihan. Jadi, langkah yang boleh diambil ialah melakukan sedikit demi sedikit dengan cara yang betul dan istiqamah.
Dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu bermakna kita berkumpul dengan orang soleh. Di samping itu, dalam majlis ilmu kita akan dapat mendengar pengajar membaca ayat-ayat al-Quran beserta huraian makna dan juga hadith Rasulullah SAW. Oleh itu marilah kita menuntut ilmu dan beramal…
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh 

No comments:

Post a Comment