Ketahui Teknik Pelaburan Jutawan Hartanah dalam menjadikan hartanah sebagai salah satu "Tools" untuk menjana keuntungan semaksimum mungkin dalam pelaburan hartanah walaupun anda bermula dari ZERO!
persoalan apakah itu hartanah, semua orang terfikir akan tanah dan rumah. Bagi saya, Hartanah merupakan salah satu cabang besar untuk pelaburan. Sama ada tanah atau rumah, kita bebas untuk melabur duit kita di mana yang dirasakan bersesuaian dengan matlamat pelaburan kita.
Umum sudah mengetahui bahawa sesiapa sahaja berpeluang melabur dalam sektor hartanah ini. Baik sama ada anda bekerja di sektor swasta, kerajaan mahupun yang bekerja sendiri. Suka saya mengingatkan anda di sini bahawa tidak semua hartanah yang dijadikan sebagai satu pelaburan akan memberikan keuntungan, malahan sesetengah daripadanya akan membuatkan anda kerugian!
Statistik daripada kajian menunjukkan, transaksi bidang hartanah pada tahun 2011 mencatatkan transaksi yang tertinggi sepanjang 5 tahun lepas iaitu sebanyak RM 137.8 billion. Disebalik kerancakan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia ini, amat sedikit bilangan daripada kita yang sedar akan peluang yang ditawarkan dalam pelaburan hartanah. Hal ini disebabkan akan perasaan risau dan takut masyarakat umum dalam membuat keputusan dalam pemilihan hartanah manakah yang dapat memberikan keuntungan.
Saya tidaklah menyalahkan anda akan ketakutan dalam membuat pemilihan hartanah yang menguntungkan. Ya, saya dapat merasakannya amatlah memeritkan jikalau hartanah yang dibeli membuatkan kita kerugian. Sudahlah bermacam-macam masalah terpaksa ditanggung, pinjaman terhadap pihak bank juga "terpaksa" dilunaskan.
Tahniah atas kesedaran anda dalam ilmu berkaitan pelaburan hartanah yang telah membawa anda ke halaman web ini. Secara dasarnya hal ini dapat diatasi sekiranya anda melengkapi diri anda dengan ilmu berkaitanPelaburan Hartanah yang betul!
No comments:
Post a Comment