Perniagaan Internet
Kalau nak mula perniagaan di internet, kena faham dulu apa fungsi dan peranan medium yang canggih ini. Internet ialah alat promosi maya. Cuma bezanya dengan bisnes offline ialah cara pendekatan sahaja yang berbeza. Niaga online dan niaga di internet tiada beza yang banyak. Kedai mini market misalnya perlu bangunan, lokasi dan keperluan pekerja untuk urusan perniagaan. Manakala KEDAI ONLINE di jalankan secara maya, dimana tiada perlu bangunan dan lokasi perniagaan.Jenis Perniagaan Internet, peluang peniagaan internet, panduan perniagaan internet atau onlline selalu di cari cari oleh ramai orang. Berikut ialah serba sedikit pengalaman saya dalam perniagaan internet,
Kita akan bincangkan jenis PERNIAGAAN INTERNET dan keperluan yang perlu ada dalam perniagaan melalui internet.
Jenis Jenisperniagaan inernet
1. Menjual produk fizikal di internet
Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.
2. Menjual produk digital
Contoh produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan lain-lain, produk ini hantar melalui email. Ini adalah antara bisnes online yang banyak di buat oleh usahawan internet. Buat ebook dan jual. Buat software dan jual. jual ebook PLR antara yang pernah saya buat
3. Produk Perkhidmatan
- Pengiklanan
- Rekabentuk web atau blog
- Jual insuran
- Perundingan akitek, senitaman, jurutera profesional, alam sekitar, EIA, peguam dan lain-lain
4. Bisnes online tanpa modal
Dalam perniagaan di internet anda boleh bermula walaupun anda tiada produk nak jual, tak ada modal atau tiada kepakaran nak buat servis. Saya mula niaga di internet hanya menjual produk orang lain. Ada 2 cara yang selalu orang buat apabila kita tiada modal besar atau kita bukan pakar.
1. Jual produk fizikal atau digital melalui program agen affiliate. Sistem affiliate ialah sistem yang di bina oleh pemilik webjualan untuk melantik agen secara automatik dan agen akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya. Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.
2. Agen Dropship : Maksudnya anda promosi produk pemiliik asal, anda urus promosi, anda terima bayaran atas harga pasaran, kemudian anda bayar kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal tersebut akan poskan barang kepada pelanggan anda tadi. Dengan kaedah dropship anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ada blog free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan display barang yang nak jual.
Keperluan Asas Jika Ingin Niaga Melalui Internet
- Laman web
- Blog
- Akaun bank yang boleh akses cara online. Misalnya Maybank, CIMB, Bank Islam. Buka akaun yang ada perbankan internet.
- Email sendiri
- Pengetahuan asas promosi
- Akaun facebook untuk promosi
- Komputer atau laptop sendiri di rumah atau pejabat.
- Semanggat kena ada
- Ilmu pemasaran dan strategi pemasaran online kena belajar
Keperluan Tambahan jika ingin maju dalam bisnes online
- Pemasaran email kena tahu
- Autoresponder free atau berbayar kena ada
- Ilmu affiliate iatu bagaimana nak promosi produk affiliate
- Tahu serba sedikit buat blog dan setting blog sebagai media pemasaran
- Ilmu pengiklanan, kena tahu lubang promosi, dimana ?
Anda perlu Jujur ikhlas dan memberi servis yang baik kepada pelanggan anda. Ini adalah asas penting dalam perniagaan internet. Anda perlu bina reputasi yang baik bagi mengekal pelanggan anda.
No comments:
New comments are not allowed.