Masalah Rumah Tangga ? Amalkan Tips Keluarga Bahagia
Pada hemat saya, keadaan ini berlaku kerana pasangan tiada matlamat yang jelas dalam perkahwinan yang dibina, sebaliknya mendirikan rumah tangga sekadar mengikut adat atau orang lain kahwin maka aku pun nak kahwin dan dan ada pula yang mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu menanggung dosa bersekedudukan.
Ramai yang saya lihat mahu berkahwin, tetapi ada yang langsung tidak mahu mencari atau menambah ilmu. Seolah-olah perkahwinan itu atas dasar suka-suka saja. Bagi mendirikan rumah tangga, pasangan perlulah membuat persediaan yang baik dan ia tidaklah semestinya sempurna.
Tips Keluarga Bahagia
InshaAllah berikut adalah tips asas keluarga bahagia yang pernah dikongsikan dalam rancangan motivasi oleh Ustaz Amin. Isteri dan suami masing-masing ada kewajipan yang perlu dijaga.
Tips Untuk Suami
1. Berikan Nafkah
- Makan
- Pakaian
- Tempat tinggal
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (At-Talaaq 65:7)2. Berikan SentuhanSentuhan seperti ketika lepas solat, pelukan, cium dahi3. Menjaga lisan terhadap isteri
Lelaki bila cakap sikit pada isteri akan anggap perkara itu besar. Belajar memuji adalah untuk menghargai. Dan ingat ! Perkataan yang baik akan menjadi doa. InshaAllahTips Untuk Isteri
Tips Untuk Isteri
1. Jaga keperluan hubungan intim suamiDari Abu Hurairah r.a katanya Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga subuh.”2. Jaga Makan & Pakaian SuamiBelajar cara memasak. Apa yang saya tahu bila masak menggunakan air tangan sendiri dan memberi makan kepada siuami akan mewujudkan hubungan hati ke hati.3. Jaga maruah suami.Jangan cabar mencabar. Dan yang lebih penting bila ada masalah jangan cerita buruk suami kepada kawan-kawan atau wall facebook.
InshaAllah jika suami isteri saling bekerjasama dan mejalani kewajipan masing-masing. Saya yakin kebahagiaan itu akan ada dan Allah Redha. Ingatlah bahawa Suami Isteri bukan untuk dimiliki. Saya akhiri artikel Tips Keluarga Bahagia ini dengan sebuah hadis rasulullah s.a.w
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)Semoga kebahagiaan itu milik kita semua.