TIPS KACAK UNTUK LELAKI
Siapa kata lelaki tidak perlu menjaga kulit mereka? kalau ada yang beranggapan lelaki tidak perlu menjaga penampilan seperti wanita, mereka salah. Tidak kira apa juga jantina anda, menjaga penampilan itu penting.
Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh lelaki dalam memastikan mereka sentiasa nampak menarik. Ini hanyalah rutin biasa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda hanya perlu luangkan sedikit masa sahaja.
Jangan malas kerana ini penting untuk meningkatkan keyakinan diri. Mencuci wajah Bagi mendapatkan kulit wajah bersih, anda harus mencuci muka pada waktu pagi dan malam. Ini penting untuk menghilangkan minyak berlebihan serta habuk.
Gunalah produk khusus untuk mencuci wajah dan jangan sesekali menggunakan sabun buku.
SKRUB MUKA
Skrub wajah adalah cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang berseri. Proses ini berupaya menghilangkan sel-sel kulit mati. Kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita jadi, jenis skrub yang diguna juga berlainan.
Ada banyak produk skrub khas untuk lelaki tetapi, jangan sesekali menggunakan skrub yang mengandungi seed extract kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah.
PELEMBAP
Ini penting untuk melembapkan kulit anda. Tetapi pelembap yang berlebihan boleh mendatangkan masalah kulit, disebabkan liang pori yang tersumbat.
Cuba gunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu bagi mengelakkan ketegangan kulit dan kulit kering serta menggelupas.
KEDUT
Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan paling jelas pada dahi, sudut mata dan mulut. Terlalu terdedah kepada matahari antara penyebab utama masalah ini.
Namun, ini dapat dihindari dengan tidur dengan postur yang betul, mencuci muka, diet yang betul dan banyakkan mengambil makanan yang mengandungi antioksidan dan Omega-3 yang mampu mengurangkan kedutan.
BINTIK HAPPY WHEELS DEMO HITAM
Inilah punca utama jerawat kerana di kawasan inilah banyak terkumpulnya bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam banyak terdapat pada hidung, dahi dan tulang pipi.
Bersihkan kulit dengan kerap dan elakkan diri anda daripada terdedah terlalu lama di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.
JERAWAT
Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, ikut diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan elak mengambil makanan berminyak, berempah serta pedas.
Pastikan anda minum banyak air.
KULIT KERING
Kulit kering disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air dan gunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering.
Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus menggunakan pelembap berubat yang boleh dibeli di farmasi.
KULIT BERMINYAK
Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah punca kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan mengambil makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.
BERCUKUR
Amat penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur. Bagi mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit sewaktu mencukur. Anda harus kerap menukar mata pencukur bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Krim atau buih pencukur elok digunakan bagi melancarkan proses mencukur dan mengelakkan luka serta tekanan. Untuk lebih selesa, gunalah krim atau losen selepas cukur bagi membantu menyejukkan kulit dan menyembuhkan luka akibat terkena mata pisau. Malah, produk ini juga mampu mencerahkan kulit wajah.
No comments:
Post a Comment