Like Us on FB

Thursday, 11 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Waktu Tidur Pengaruh Kesuburan
Pelbagai cara yang boleh dilakukan wanita bagi meningkatkan peluangnya untuk hamil. Salah satu caranya ialah dengan mendapatkan tidur yang cukup tujuh hingga lapan jam setiap malam dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari.
Ahli sains yang membuat kajian pernah menyatakan, dalam tubuh manusia terdapat biological clock yang mengawal hormon reproduksi secara teratur.
Hanya tidur yang cukupdan bangun pada waktu sama dapat membantu biological clock ini mengawal pengeluaran hormon wanita dan secara tidak langsung meningkatkan kemampuan wanita untuk hamil.

Rehat secukupnya

Manakala, kajian di Universiti Inje, Korea Selatan mendapati, wanita tidur teratur tujuh hingga lapan jam sehari lebih cepat hamil jika dibandingkan dengan yang tidur tidak teratur.
Kajian membabitkan 656 wanita itu juga menunjukkan, tidur melebihi sembilan jam sehari juga sukar untuk hamil.
Menurut Dr Hyan Shim dari klinik kesuburan Hwasung, Korea Selatan, terlalu banyak tidur meningkatkan kadar hormon prolaktin yang dipercayai boleh menganggu kesuburan.
Wanita yang kurang tidur pula mempunyai hormon stres seperti kortisol yang tinggi, sekali gus memberi kesan negatif kepada kesuburan.

Teruskan usaha

Rawatan kesuburan bertujuan mendapatkan zuriat sememangnya memerlukan banyak pengorbanan tenaga, masa,WANG ringgit, kesungguhan, ketabahan dan kesabaran.
Ada pasangan yang telah berkahwin lama masih belum hamil dan apabila membuat janji temu untuk pemeriksaan dan rawatan kesuburan, tiba-tiba didapati hamil secara spontan.
Oleh itu, bagi mereka yang sukar hamil atau telah mencuba melebihi dua tahun dan masih belum berjaya memperolehi cahaya mata, anda hanya perlu memastikan tidur dan beristirehat secukupnya.

Tip mendapatkan zuriat

1. Jangan sesekali berputus asa, teruskan usaha dan rawatan, berdoa dan mohon dari Allah S.W.T untuk mendapat anak.
2. Kuatkan azam dan kesungguhan untuk mengawal berat badan dan mengambil jumlah makanan yang mengandungi karbohidrat dan manisan.
Ini sangat penting memandangkan tahap kesuburan menurun sekiranya berat badan naik.
3. Amalkan senaman atau riadah bagi membakar lebihan gula yang boleh bertukar menjadi lemak dan kesannya menambah berat badan.
Riadah juga memberi ketenangan minda dan jiwa. Segala tekanan dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali dan akhirnya meningkatkan kesuburan.
4. Makan yang berkhasiat seperti buahbuahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, laukpauk dan protein daripada daging, ayam, ikan segar dan tidak diperoses.
Jauhkan makan yang diperoses, mengandungi pengawet , perisa dan pemanis, termasuk makanan ringan dan segera.
5. Jika ada penyakit saperti endometriosis, fibroid dan PCOS dan doktor mencadangkan untuk dibedah , jangan takut kerana pembedahan adalah salah satu kaedah rawatan kesuburan yang berkesan.
6. Suami isteri perlu sepakat berusaha menjalani pemeriksaan, ujian dan pelbagai kaedah rawatan kesuburan.
Kaedah rawatan tambahan atau alternatif seperti akupunktur, bekam, urut dan makanan tambahan termasuk herba serta antioksidan boleh diambil bersama-sama rawatan perubatan moden.

No comments:

Post a Comment