Like Us on FB

Wednesday, 10 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



Sudah bertunang atau berkahwin? Alhamdulillah. Tetapi anda perlu ingat yang anda bukan sekadar mengikat tali perhubungan bersama tunangan atau isteri seorang sahaja, bahkan seluruh ahli keluarganya terutama sekali mentua.
Semak tip berikut, manalah tau ada yang boleh dijadikan panduan berguna dikemudian hari.

  1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenalan dengan keluarga mentua. Andai tinggal berjauhan, hubungi mereka melalui telefon untuk bertanya khabar.  Jika tinggal berhampiran, cuba sesekali luangkan masa berkunjung ke rumahnya.
  2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya bawa kuih-muih atau buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda bawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati misalnya sepasang kain sebagai tanda kenangan.
  3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Tanya kepada pasangan, perkara yang disukai dan dibencinya.Jadi secara tidak langsung anda boleh bersedia jika menjadi ahli keluarganya kelak.
  4. Setelah berkahwin, usah sesekali memarahi anaknya dihadapan mentua. Itu menunjukkan gambaran sebenar sikap anda kepada anak mereka. Situasi ini mungkin menimbulkan kebencian dihati mentua.
  5. Setiap kali bertandang, cuba ambil hatinya dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang menghiburkan. Berceritalah bersungguh-sungguh agar dia tidak berasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
  6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda happy wheels demo juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan perkara yang disukai.Bagaimanapun anda dinasihatkan tidak belajar sambil lewa kerana dia mungkin menganggap anda tidak serius.
  7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan hari ibu, ulang tahun perkahwinan, hari bapa dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan tanda ingatan. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis buat mereka.
  8. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘bermulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mentua.
  9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa-apa yang patut, terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri.
  10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan bertambah mesra dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

No comments:

Post a Comment