Like Us on FB

Thursday, 14 May 2015

[TIPS PELANCONGAN]


Mendaki Gunung Kinabalu

KEPERLUAN KESIHATAN

Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi.Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.

Untuk mendaki gunung Kinabalu:
-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.
-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.
-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..
-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan
-Jika anda mengalami masalah kesihatan selain..
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .

NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.
Pendakian Gunung Kinabalu merupakan 損endakian sekali seumur hidup?bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.
Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung

Persediaan kelengkapan Mendaki
Tempoh Gate ke Laban Rata (0800jam)
Pendakian dijalankan pada waku siang yang kebiasanya panas dengan pancaran cahaya matahari, jadi pakaian yang ringkas seperti t-shirts berseluar pendek sudah memadai.
Track bottom pun sesuai juga
Cap/hat. (jika memerlukan)
Sun-glasses (jika memerlukan)
Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis抙igh cut抦ampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
Krim Penahan Cahaya Matahari
Tuala Muka.
Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di seiap pondok perhentian
Kertas tisu
Makanan bertenaga yangMUDAH dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
Disyorkan membawa makanan segera, seperti ?maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata.
Beg plastik
Ubat penangkis seranggga
Ubat-Ubatan(Sila rujuk pakar perubatan)
Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja)
Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.

Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.

Penyakit Perubahan Altitude
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat 揳ltitude sickness atau acute mountain sickness?(AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low抯 Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..

Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, takMAMPU bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS iniDAPAT di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan
Panduan Bagi Mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut sabil atau hilang
Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
Banyakkan minum air kosong.Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur.Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS
Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
Makan banyak karbohyidrat(nasi,roti)
Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun kebawah
 

Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:
Kotak Kecemasan Peribadi
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
Ubatan merawat kulit melecur
Penahan loya/muntah
Anti- alahan(histamines)
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
Ubatan pelindung serangga DEET 

No comments:

Post a Comment