Like Us on FB

Tuesday, 5 May 2015

[TIPS KEWANGAN]


5 Tips Mudah Urus Kewangan Anda

Pengurusan kewangan memang penting. Setiap individu perlu bijak dalam hal ini tidak kira berapa jumlah wang atau aset yang kita miliki. Kadangkala mungkin kita berasa tertekan bila menyebut atau mendengar perkataan pengurusan kewangan. Sebenarnya, melaksanakan tidaklah sukar. Saya kongsikan 5 sahaja tips yang mudah untuk anda gunakan dalam pengurusan kewangan:
1) Simpan 10% daripada pendapatan anda
Hanya 10% sekurang-kurangnya, perlu dipindahkan ke akaun simpanan anda (Akaun Bebas Kewangan). Yang mana simpanan ini merupakan ‘reward’ kepada diri sendiri setelah bertungkus lumus bekerja setiap bulan. Anda mempunyai 90% lagi yang boleh diagihkan seperti berikut:
10% – Akaun Bebas (gunakan untuk aktiviti yang disukai/hobi contohnya, melancong dsb)
50% – Akaun Keperluan (rumah, perbelanjaan bulanan)
10% – Akaun Kecemasan, Jangka Panjang
10% – Akaun Pendidikan (bidang yang diminati)
10% – Akaun Pemberian (contohnya, untuk ibubapa atau kebajikan)
Dengan membuat agihan seperti ini, ia akan membantu anda menyediakan bajet bulanan.
2) Bayar penuh jumlah penggunaan kad kredit setiap bulan
Tak salah memiliki kad kredit. Banyak kemudahan. Tak perlu bawa tunai yang banyak, lebih selamat. Tapi gunakan ia sepertimana anda berbelanja secara tunai kerana setiap bulan anda perlu membayar jumlah penuh dan ini mengelakkan kos faedah yang tinggi ke atas baki bayaran bulanan apabila anda membayar jumlah yang minimum sahaja. Kos faedah ini adalah amat mahal, boleh melebihi 20%! Tapi sekiranya anda bijak, penjimatan juga boleh dinikmati dengan penggunaan kad kredit.
3) Sediakan bajet dan buat senarai perbelanjaan bulanan
Setelah menyediakan akaun dan membuat pembahagian seperti tip #1, boleh sediakan bajet yang lebih terperinci. Melalui bajet, anda akan mendapati terdapat lebihan lagi yang boleh dimasukkan ke Akaun Bebas Kewangan anda. Sekiranya tiada lebihan pula, anda boleh membuat perubahan kepada tahap perbelanjaan bulanan seperti mengurangkan kos-kos tertentu contohnya menggantikan makan diluar dengan makan bersama keluarga dirumah.
4) Buat senarai barangan sebelum membeli barangan keperluan
Tanpa menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli, kemungkinan anda akan berbelanja lebih 30-50% daripada yang sepatutnya. Terutamanya apabila membeli barangan keperluan di ‘hypermarket’. Senarai barangan akan membantu anda lebih fokus dan jimat masa. Jadi JIMAT WANG + JIMAT MASA!
5) Berbincang dengan pasangan anda tentang kewangan
Bagi yang telah berkeluarga, saya sangat menyarankan agar sentiasa berbincang dengan pasangan anda tentang pengurusan kewangan. Ini sangat penting supaya masing-masing faham kedudukan kewangan bersama dan boleh melaksanakan strategi yang sesuai untuk memperbaiki situasi kewangan ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment