Seringkali kita mengeluh setelah usaha kita bertahun-tahun gagal menemui kejayaan yang kita impikan. Kadang kala sebagai peniaga kita pernah kecapi keuntungan yang luar biasa pada tahun tahun sudah. Tapi adat dalam perniagaan bukan seperti makan gaji. Dalam perniagaan ada datangnya sedikit penurunan keuntungan dan jualan berbanding tahun sebelumnya maka kita rasa kecewa dan sedih.
Saban hari kita melayan rasa sedih dan kecewa. Maka masa kita banyak di habiskan untuk memikirkan kesedihan dan kekecewaan dan tiada lagi masa untuk memikirkan tentang strategi perniagaan kita. Di dalam kesedihan dan kekecewaan kita maka datanglah syaitan-syaitan penghasut yang menimbulkan perasaan menyalahkan orang lain dalam menempuhi kemerosotan perniagaan kita. Kenapa perlu kita menyalahkan orang lain sedangkan perniagaan yang kita usaha dan bangunkan itu atas usaha dan doa kita ?
Maka seharusnya muhasabah diri perlu dalam menangani kesedihan dan kekecewaan dalam perniagaan kita :-
1. Adakah perniagaan yang kita usahakan selama ini mempunyai bantuan daya usaha orang lain yang kita tak pernah melihat secara terperinci ?
2. Adakah kemajuan perniagaan kita sebelum ini kerana bantuan orang lain yang mana keringat mereka kita tak pernah hargai.
3. Pernahkah kita mendoakan orang yang pernah membantu kita dalam perniagaan sebelum ini ?
Janganlah bersedih dan kecewa mungkin kemerosotan perniagaan kita pada waktu ini adalah faktor sementara sebagai ujian Tuhan untuk kita dalam menyediakan diri kita ke arah kemajuan dan keuntungan yang lebih besar di masa akan datang jika kita hilangkan sikap buruk sangka dan yang pasti berusaha tanpa berhenti !
p/s : Tan Sri Mokhtar Bukhary pernah hilang berbilion ringgit ketika kegawatan ekonomi tahun 1997 sehingga nilai asetnya menurun ke RM 600 juta ++. Jika beliau sedih, kecewa dan terus menyalahkan kegawatan ekonomi 1997, mungkin nama beliau tidak di senaraikan dalam Forbes 2014 sebagai 10 orang terkaya di Malaysia !
Wallahualam
No comments:
Post a Comment