Like Us on FB

Saturday 28 February 2015

[TIPS KELUARGA/LELAKI/WANITA] PRINSIP SEBUAH KEKELUARGAAN ...





Masalah Rumah Tangga ? Amalkan Tips Keluarga Bahagia





Masa pada ini, masalah dan rumah tangga memang tak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada sahaja berita mengenai masalah rumah tangga iaitu “CERAI EKSPRES”. Saya yakin dan pasti keruntuhan sesebuah institusi rumah tangga bukan sahaja berpunca daripada isteri atau suami. Tetapi adalah daripada kedua-dua belah pihak.
Pada hemat saya, keadaan ini berlaku kerana pasangan tiada matlamat yang jelas dalam perkahwinan yang dibina, sebaliknya mendirikan rumah tangga sekadar mengikut adat atau orang lain kahwin maka aku pun nak kahwin dan dan ada pula yang mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu menanggung dosa bersekedudukan.
Ramai yang saya lihat mahu berkahwin, tetapi ada yang langsung tidak mahu mencari atau menambah ilmu. Seolah-olah perkahwinan itu atas dasar suka-suka saja. Bagi mendirikan rumah tangga, pasangan perlulah membuat persediaan yang baik dan ia tidaklah semestinya sempurna.

Tips Keluarga Bahagia

InshaAllah berikut adalah tips asas keluarga bahagia yang pernah dikongsikan dalam rancangan motivasi oleh Ustaz Amin. Isteri dan suami masing-masing ada kewajipan yang perlu dijaga.

Tips Untuk Suami

Suami Keluarga Bahagia
                      1. Berikan Nafkah
  • Makan
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (At-Talaaq 65:7)
2. Berikan Sentuhan
Sentuhan seperti ketika lepas solat, pelukan, cium dahi
3. Menjaga lisan terhadap isteri
Lelaki bila cakap sikit pada isteri akan anggap perkara itu besar. Belajar memuji adalah untuk menghargai. Dan ingat ! Perkataan yang baik akan menjadi doa. InshaAllahTips Untuk Isteri


Tips Untuk Isteri

1. Jaga keperluan hubungan intim suami
Dari Abu Hurairah r.a katanya Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga subuh.”
2. Jaga Makan & Pakaian Suami
Belajar cara memasak. Apa yang saya tahu bila masak menggunakan air tangan sendiri dan memberi makan kepada siuami akan mewujudkan hubungan hati ke hati.
3. Jaga maruah suami.
Jangan cabar mencabar. Dan yang lebih penting bila ada masalah jangan cerita buruk suami kepada kawan-kawan atau wall facebook.
InshaAllah jika suami isteri saling bekerjasama dan mejalani kewajipan masing-masing. Saya yakin kebahagiaan itu akan ada dan Allah Redha. Ingatlah bahawa Suami Isteri bukan untuk dimiliki. Saya akhiri artikel Tips Keluarga Bahagia ini dengan sebuah hadis rasulullah s.a.w
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud  : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)Semoga kebahagiaan itu milik kita semua.

[TIPS KESIHATAN] MENGIKUT CARA NABI..






JOM SIHAT DAN CERDAS KAN
 DIRI MRNGIKUT SUNNAH .

BADAN SIHAT ,
 OTAK CERSAS!!

Alibaba vs eBay


Pierre Omidyar- Pengasas eBay.com

Jack Ma- Pengasas Alibaba.com

September 2014 , Alibaba.com yang di asaskan oleh seorang rakyat Republik China, Jack Ma telah menyenaraikan saham Alibaba di Wall Street USA.  Nilai tawaran awal sesaham ialah USD 68.00, ianya telah melonjak naik kepada USD 93.00 sesaham pada hari pertama di senaraikan di bursa Wall Street.  Alibaba.com adalah portal e-market atau e-procurement terbesar di dunia ada pendapat mengatakan penampilan Alibaba secara besar-besaran bakal membuatkan bintang eBay semakin pudar. Mengapa saham Alibaba di senaraikan Wall Street, US? Bukan di Tanah Besar China? Jawapannya kerana modal yang bakal di kumpulkan hasil penyenaraian amatlah besar, kerana pemodal pemodal dunia berkumpul di bursa pasaran Wall Street seperti tycoon saham Arab, Russia dan dari Negara sebelah Asia waima menyuntik modal mereka di Wall Street. 



Pierre Omidya, kelahiran kacukan Iran-Amerika adalah pengasas eBay yang terkenal.  Saham senaraian awam eBay di lancarkan pada tahun 1998, membuatkan Pierre Omidya terus di angkat ke dalam kelab billionaire pada usia 31 tahun. Portal eBay juga merupakan e-market dan e-procurement yang terkenal di seluruh dunia. 

Perhatikan kehebatan dua gergasi di bawah;


Alibaba
eBay
Nilai syarikat , di anggarkan USD 168 billion pada tahun 2014
Nilai syarikat , di anggarkan USD 71 billion pada tahun 2014
Jumlah Aset , di anggarkan USD 25 billion
Jumlah Aset , di anggarkan USD 45 billion
Negara di asaskan, Republik of China
Negara di asaskan, United States of Amerika

 


YANG MANA SATU PILIHAN ANDA !


Hasil Kajian Pena Emas : Khas untuk Faizworld Training Centre