Like Us on FB

Wednesday 30 September 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



[JEREBU ~ elak penyakit akibat jerebu]
Ketika ini, Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu dengan teruk sekali

JEREBU ialah keadaan kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dan dilepaskan merata-rata serta menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.

[Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?]

* Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap teruk status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
* Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
* Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung.
- Gatal-gatal pada tekak.
- Gatal-gatal pada mata.
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal-gatal pada kulit.

[Langkah penjagaan]
1.Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
2. Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
3. Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Wednesday 23 September 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas nutrisi ' Detoks & Kecergasan'
Belajar mengenai Detoks dan tips2 sihat begaimana nak detoks serta nutrisi yang bersesuaian
Speaker : Pn Sarah - Shaklee Nutrionist
Tarikh : 21 Sep 15 15 (2 am - 4.30 pm)
Lokasi : Faizworld Training Centre (FTC) Level 3

Untuk anda semua yang berminat menyewa bilik seminar kami, boleh hubungi training_course@faizworld.com



Tuesday 15 September 2015

[Tips Berjimat Cermat]


[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Ada 2 seminar yang berlangsung pada hariu yang sama di FTC, 10 sEP 15
1. Seminar HSSE Equipment Checklist & Maintenance
Tarikh : 10hb MaY 15 (9pm - 1 pm)
Lokasi : Faizworld Training Centre Level 3
Anjuran : Stesyen Minyak Shell
2. Seminar Marketing & business online
Tarikh : 10hb MaY 15 (2pm - 5 pm)
Lokasi : Faizworld Training Centre Level 3
Terima Kasih En Nik Hazli & En Ijad kerana memilih Faizworld Training Centre untuk merealisasikan program hebat anda.
Semoga bisnes anda makin cemerlang dan 2015 memberi kejayaan untuk semua peserta
Ingat Training Centre, Ingat lah Faizworld!
Untuk anda yang berminat untuk menyewa bilik seminar kami, sila hubungi training_course@faizworld.com