Like Us on FB

Tuesday 31 March 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Bengkel Underground Marketing
anjuran Tuan Amran Jamalis
Tarikh : 28hb Mac 15 (10pm - 6 pm)
Lokasi : Faizworld Training Centre (FTC) Level 3
Terima Kasih Tuan Amran kerana memilih Faizworld Training Centre untuk merealisasikan program hebat anda.
Semoga bisnes anda makin cemerlang dan 2015 memberi kejayaan untuk semua peserta
Jangan lupa kongsikan pengalaman menarik anda di blog untuk menerima hadiah istimewa tajaan FTC. (tertakluk pada terma dan syarat FTC
Jangan lupajuga untuk bulan Mac ini, sambil join kelass, anda boleh menang lucky draw tajaan Faizworld Training Centre.
Hadiah bulanMac ni berupa Voucher Petronas bernilai Rm150.00
Tarikh tutup cabutan bertuah sehingga 31 mac 2015...
Sesiapa yang datang kelas di sini (sebarang kelas samada kelas umum/jutawan), sepanjang March, layak untuk join.
Hanya perlu isi form di FTC dan masukkan dalam tabung lucky draw yang disediakan.
Ingat Training Centre, Ingat lah Faizworld!



[GST]

Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) 1 April ini, inilah senarai barang dan perkhidmatan yang dikecuali­kan daripada cukai tersebut bagi memanfaatkan rakyat dan industri. smile emoticon
Berhemah lah dalam berbelanja.

[TIPS MOTIVASI]


Monday 30 March 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Pemandangan dari bilik kanak-kanak di level 3, Faizworld Training Centre(FTC).
Bangi Sentral -》 bangunan yang mengadap Faizworld Training Centre.
Lokasi strategik yang menjadi pilihan ramai untuk mengadakan program/kursus/bengkel di Bandar Baru Bangi.
Sebarang pertanyaan mengenai tempahan bilik latihan/mesyuarat, boleh emel kami training_course@faizworld.com.

[Kelas anjuran Sapura Industrial Berhad]


Kelas anjuran Sapura Industrial Berhad sedang berlangsung di Faizworld Training Centre sekarang.
Selamat menimba ilmu buat semua peserta
Jangan lupa selepas kelas nanti isi borang cabutan bertuah dan masuk kan dlm.kotak yang disediakan di FTC..
Mana tau, anda salah seorang yang bertuah menerima hadiah berupa voucher petronas bernilai RM150 untuk bulan Mac ini. Setiap bulan hadiah adalah berbeza..

[TIPS MOTIVASI]


Saturday 28 March 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]






Selamat pagI ..

Bengkel Underground Marketing anjuran Tuan Amran Jamalis sedang berlangsung di Faizworld Training Centre sekarang.
Selamat menimba ilmu buat semua peserta

Jangan lupa selepas kelas nanti isi borang cabutan bertuah dan masuk kan dlm.kotak yang disediakan di FTC..
Mana tau, anda salah seorang yang bertuah menerima hadiah berupa voucher petronas bernilai RM150 untuk bulan Mac ini. Setiap bulan hadiah adalah berbeza




[KECANTIKAN]




[KECANTIKAN]
BARLI




[MELANCONG]



[MELANCONG]
TIPS MELANCONG KE NEGARA SEJUK





Thursday 26 March 2015

[TIPS PELANCONGAN]


Bekerja Sambil Melancong

Hati berbunga riang saat ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di destinasi percutian yang diidam-idamkan selama ini. Disebabkan jadual mesyuarat yang padat, kunjungan itu hanya untuk tugasan semata-mata. Ia pasti sesuatu yang rugi bukan? Lebih merugikan jika di hadapan hotel penginapan terbentang luas lautan yang cukup popular tetapi tetap tidak sempat menghabiskan masa terbuang di sana. Asal bijak mengatur masa, anda pasti punya masa untuk melancong walaupun ketika itu jadual anda pahat. 
Tip berikut mungkin dapat menjadi panduan untuk anda merancang percutian ketika bekerja di luar kawasan. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air.

Ketahui jadual
Mengetahui jadual sepanjang berada di luar kawasan amat penting bagi merancang ‘percutian’ peribadi anda . Teliti jadual anda dan pilih aktiviti yang sesuai dengan masa terluang yang ada. Ketika pagi, makan tengah hari, petang atau malam selepas semua urusan kerja selesai pada hari itu mungkin masa yang tepat untuk anda manfaatkan.
Jesteru, melihat matahari terbit pada pagi hari atau suasana malam cukup meriah di kawasan berhampiran pasti menyeronokkan, sekali gus dapat merehatkan minda yang sarat memikirkan urusan kerja.

Ketahui lokasi anda menginap
Satu lagi perkara yang penting dan perlu dititikberatkan jika mahu bekerja sambil melancong adalah mengetahui lokasi anda menginap sepanjang berada di destinasi.Dapatkan maklumat tempat menarik yang boleh anda kunjungi atau aktiviti menarik di kawasan berhampiran hotel penginapan. Jangan lupa juga maklumat sebanyak mungkin tempat makan yang popular dan sedap di kawasan sekitar hotel.Bagaimanapun, jika tidak punya sebarang tempat menarik di kawasan sekitar hotel, anda boleh memanfaatkan masa anda bersiar-siar dalam kawasan hotel dan melakukan aktiviti yang disediakan.

Makan tengah hari di luar
Setiap kali seminar atau mesyuarat, makan tengah hari sememangnya disediakan.Namun, ia bukan wajib untuk anda menyertainya. Oleh itu, ada mungkin boleh makan tengah hari di luar, sekali gus membolehkan anda untuk ‘mencuci mata’ sejenak. Namun, sebelum mengambil keputusan untuk makan tengah hari di luar, buatlah kajian atau tanya pihak hotel tempat makan yang disarankan selain menyajikan makanan sedap, halal bagi Muslim dan tempat yang menarik. Tidak perlu restoran mewah, restoran biasa atau warung sudah memadai.

Luangkan masa ketika malam
Malam adalah waktu anda melancong. Jika beruntung, anda boleh mengunjungi destinasi melancong yang meriah hingga tengah malam atau pagi. Jika tidak, carilah aktiviti yang boleh anda lakukan ketika malam. Jalan-jalan sekejap di luar hotel sudah memadai atau mungkin berjalan ditepi pantai yang berdekatan dengan hotel dan duduk menikmati minuman sambil ditemani deruan ombak. Namun, anda harus berhati-hati terutama jika anda berseorangan kerana berjalan ketika malam ada banyak risiko. Jangan lakukan aktiviti yang memenatkan atau lambat pulang ke bilik hotel kerana keesokan harinya anda masih ada seminar atau mesyuarat yang harus dihadiri.

Bersiar-siar
Pada waktu terluang, cuba tenangkan fikiran dengan bersiar-siar. Tidak perlu menaiki kenderaan kerana berjalan kaki saja anda pasti dapat menyenangkan fikiran. Caranya, mulakan hari pertama anda dengan menjelajah di hotel penginapan anda. Kemudian, keluar dari hotel dan berjalan-jalan di kawasan sekitar luar hotel.Pastinya sepanjang perjalanan pasti anda boleh menemui banyak perkara menarik seperti membeli cenderamata unik atau mencuba makanan tempatan di warung tepi jalan. Jika penat berjalan, pulanglah ke hotel dengan menaiki teksi atau pengangkutan awam yang tersedia di situ.

Tambah hari
Jika jadual mesyuarat atau seminar anda terlalu padat hingga langsung tidak memberi peluang untuk anda melancong, tambahan hari anda di destinasi adalah jalan terbaik Jika anda mahu menambah hari, banyak perkara yang harus dititikberatkan dan sebaiknya, keputusan itu di buat sebelum anda sampai ke destinasi. Ini kerana, anda perlu mengubah masa tiket penerbangan pulang anda, selain bilik hotel untuk menginap selepas habis urusan kerja dan pengangkutan anda sepanjang berada di situ. Jangan lupa pula membawa pakaian yang lebih santai dan sesuai untuk anda melancong. Ini bagi mengelakkan anda terpaksa memakai pakaian rasmi kerana tidak membawa baju lebih.

[TIPS MOTIVASI]



7 Tips Motivasi Pagi

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
 2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
 3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
 4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
 5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. 
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.  Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.  Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
 
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.  
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
 7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.  
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.  Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.  Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.  Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup. 

Wednesday 25 March 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


                                              Ini wajah2 penggerak Faizworld Training Centre
                                                   Aktiviti Semalam: lunch sponsored by Faizland Sdn Bhd


[Kelas Planning New Cycle Shaklee, Asah Ayat Power + Bagaimana Nak Dpt Tiket Free Ke Oversea]

Kelas Planning New cycle Shaklee, asah ayat Power + bagaimana nak dpt tiket free ke oversea
Speaker : PM Shareeza Hashim
Tarikh : 23hb Mac 15
Lokasi : Faizworld Training Centre level 3
Semoga 2015 memberikan sinar cahaya gilang gemilang buat semua peserta-peserta program.
Jangan lupa untuk bulan Mac ini, sambil join kelass, anda boleh menang lucky draw tajaan Faizworld Training Centre.
Hadiah bulan Mac ni berupa Voucher Petronas bernilai Rm150.00
Tarikh tutup cabutan bertuah sehingga 31 mac 2015...
Sesiapa yang datang kelas di sini (sebarang kelas samada kelas umum/jutawan), sepanjang March, layak untuk join.
Hanya perlu isi form di FTC dan masukkan dalam tabung lucky draw yang disediakan
Ingat Training Centre, Ingat lah Faizworld!









Tuesday 24 March 2015

[MUTIARA KATA]



Hai, selamat pagi dan apa kabar sahabat semua? Bagaimana dengan aktivitasnya? Semoga berjalan lancar dan tetap semangat. Tidak ada  yang tak mungkin, jika kita mau berusaha.dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi ..


[TIPS KECANTIKKAN]

Rahsia Kulit Cantik Dengan

 Vitamin C Shaklee

 
 


Alhamdulillah, bersiaran kita lagi daripada Redcomelmall. Semoga hari yang kita lalui penuh bahagia dan keceriaan.


Saya ingin kongsikan tentang vitamin untuk mendapatkan  kulit yang cantik .  kulit cantik merupakan idaman semua orang. Namun kita seringkali mahukan kesan yang pantas tanpa mengambil kira kandungan yang terdapat dalam kosmetik yang kita gunakan. Bagi saya, selain membersih, menyegar dan melembabkan kulit, nutrisi untuk kulit juga sangat penting. Vitamin yang saya anjurkan untuk mereka yang mahukan kulit cantik yang mulus dan bersih ialah B complex, Vitamin E, Vitamin C dan ESP. 

Untuk hari ini kita fokuskan kebaikan Vitamin C untuk kulit wajah ya? :-)

Kebaikan Vitamin C




  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sehat dan bercahaya
  • Memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghalang proses pigmentasi akibat sinaran UV B
  • Meningkatkan penghasilan kollagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit
Siapa yang perlukan Vitamin C?
  • mereka yang mengalami masalah allergik yang teruk
  • mereka yang menghadapi masalah jerawat batu yang teruk
  • mereka yang mengalami jerawat berparut dan parutnya susah kering
  • mereka yang mengalami masalah sinus
  • mereka yang menghadapi jerawat di tubuh badan
Mengapakah Vitamin C Shaklee yang menjadi pilihan? 

-Sebiji vitamin C sama dengan khasiat 7 biji oren
-Terbaik dalam pasaran
-Dihasilkan sumbersemulajadi
-Ujian klinikal menunjukkan 2 biji vitamin C Shaklee kekal didalam darah selama 24jam.

[HARTANAH]


Monday 23 March 2015

[AGAMA] ilmu agama yang kita pelajari hari ini ..

POTONG KUKU IKUT SUNNAH & HARI YANG ELOK UNTUK MEMOTONG KUKU



Mari kita cuba amalkan, apa yang kita tahu, nanti kita akan dapat banyak lagi ilmu apa yang kita tak tahu.





Rasanya ramai dah tahu( dalam kitab ada dijelaskan), tapi elokkah jika kita selalusaling ingat-mengingatkan untuk kebaikan brsama.

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan.


Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt



Kesimpulannya hari yang baik untuk memotong kuku ialah Isnin, Khamis dan Jumaat.  Selain daripada hari-hari tersebut banyak mudaratnya !!  Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan dan mengingatkan, patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak masalah, kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, semuanya dianggap kebetulan, mana ada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, kita yang selalu menganggap sesuatu perkara itu adalah kebetulan.  Hakikatnya tiada sesuatu itu berlaku secara kebetulan.  ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan yang juga atas keizinan Allah swt sama ada perkara yang baik maupun yang buruk.


Sekian Moga bermanfaat dan menjadi panduan bersama.


Wallahu 'Alam
Wassalam

[TIPS MOTIVASI]








Hilang semangat untuk bekerja atau pergi kerja boleh datang dan pergi pada bila-bila masa sahaja.
Biasalah tu… anda masanya anda cukup bersemangat untuk ke tempat kerja serta melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan. Namun, ada waktunya semangat yang ada itu hilang entah ke mana.
Ternyata, tanpa anda sedari keseronokkan dalam dunia pekerjaan  merupakan perkara yang sangat berpengaruh. Tanpa adanya keseronokkan itu anda tidak boleh melaksanakan pekerjaan dengan sebaik mungkin.
Semangat atau motivasi kerja merupakan rangsangan bagi setiap pekerja untuk bekerja dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Semangat yang tinggi akan membuatkan anda menjadi lebih bersemangat dalam bekerja. Namun, tak dinafikan ada ramai di antara kita yang  hilang semangat untuk bekerja di sebabkan oleh beberapa perkara.
Akibatnya, hasil kerja anda menjadi tidak memuaskan atau di bawah paras sederhana ataupun ‘biasa-biasa’ sahaja. Jika berterusan, tentulah tak ‘best’ . Hari-hari anda akan berhadapan dengan stress! Mahu tak mahu,  anda perlu segera menanganinya.
Caranya, anda perlu mencari penyebab menurun atau hilangnya semangat kerja anda itu. Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh membuatkan semangat kerja anda itu hilang.Tak kiralah sama ada masalah eksternal ataupun internal, kedua-duanya boleh mempengaruhi semangat dan motivasi anda dalam bekerja.
1. Selalu Tidak Puas Hati Dengan Gaji
Inilah realitinya, wang sering dijadikan pertimbangan untuk mengukur tinggi dan rendahnya motivasi kerja.
Semakin tinggi pendapatan yang anda raih, semakin tinggi pula motivasi kerja anda. Apabila pendapatan yang anda raih sedikit atau kurang daripada rakan-rakan sekerja yang lain, sudah pasti semangat dan motivasi kerja anda juga menurun.
Kenyataan yang tidak boleh pihak majikan nafikan, para pekerja boleh bekerja lebih gigih dan penuh semangat jika hasil kerjanya dihargai dengan imbuhan yang sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul.
2.Rutin Yang Sama
Tugasan atau pekerjaan yang anda hadapi sepanjang hari dan relatif membosankan juga membuatkan semangat kerja anda hilang ataupun  menurun. Ini adalah kerana anda mula merasakan apa yang anda lakukan itu statik sahaja. Anda seolah-olah sudah bosan dengan apa yang anda buat pada setiap hari, tidak menampakkan peningkatan atau nafas baru dalam karier anda.
3. Suasana Kerja Tidak Menyeronokkan & Membosankan
Persekitaran atau suasana kerja yang tidak selesa atau menyeronokkan juga boleh membuatkan anda rasa stress untuk berada lebih lama di pejabat.
Misalnya, hubungan dengan rakan-rakan sekerja kurang baik. Begitu juga dengan ketua ataupun majikan yang suka bersikap pilih kasih, semua ini boleh mempengaruhi semangat dan motivasi kerja anda. Namun, jika suasana di tempat kerja anda cukup kondusif, anda pun akan jadi lebih bersemangat dalam bekerja dan tidak bosan untuk berada lebih lama di pejabat  pada setiap hari.
4. Kurang Menyerlah
Seseorang yang memiliki semangat dan motivasi yang tinggi selalunya berasa yakin bahawa dia mempunyai kemampuan dan potensi dalam melakukan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan.
Potensi yang ada dalam diri akan membuatkan anda menjadi lebih yakin dan semakin bersemangat bekerja. Jika anda kurang yakin dengan apa yang anda lakukan, rendah diri serta ragu-ragu mampu melakukannya, tidak mustahil pekerjaan anda tidak akan mencapai hasil yang optimum.
5. Tidak Ada Hala Tuju
Motivasi yang tinggi biasanya dimiliki oleh mereka yang mempunyai hala tuju yang jelas terhadap apa yang sedang dilakukannya.
Melalui tujuan yang jelas, barulah setiap langkah dan fikiran anda akan mencapai matlamat yang lebih pasti. Tanpa adanya hala tuju yang jelas, motivasi kerja anda akan jadi tidak menentu sehingga semuanya menjadi cukup membosankan.
Motivasi dan Semangat Kerja anda akan terus berkembang dengan baik jika anda sudah mengetahui ke mana hala tuju karier anda yang sebenar-benarnya.

Sunday 22 March 2015

[TIPS MOTIVASI]

Kata Kata Bijak Motivasi Penuh  Insfirasi Hidup-
Hidup ini penuh dengan hal hal yang sangat mengagumkan, terkadang jauh dari hal hal yang kita harapkan, dan terkadang melebihi pencapaian yang telah di targetkan, hidup adalah nikmat yang harus di syukuri, bijak dalam menyikapi kehidupan, jangan putus asa ketika gagal, dan jangan terlalu bangga jika tercapai angan, karena setiap sesuatu ada ukurannya, dan segala sesuatu yang berlebihan itu tidak baik adanya bagi diri kita dan orang lain, dan yakinlah
Selama orang lain mampu berhasil mencapai cita citanya, maka kamu juga bisa mencapai segala cita citamu, karena mereka dan kita adalah sama, yaitu sama sama manusia, hehe.. yuk kita simak kata inspirasi meraih bahagia berikut ini.
Jangan iri melihat kesenangan orang lain, karena tiap tiap orang ada kesenang dan penderitaan masing masing.
Jika kamu tidak merencanakan hidup seperti apa yang kamu inginkan, lalu kerja keras tanpa sebuah tujuan, maka engkau takkan pernah mendapatkan apa yang engkau inginkan.
Gagal yang sesungguhnya adalah ketika engkau tidak berani mencoba dan bertindak.
Segala sesuatu tindakan akan akan sangat sulit jika yang kamu fikirkan adalah sulit, yakinlah bahwa kamu juga punya kekuatan dan kemauan untuk berhasil.
Kebahagian hanya akan kamu temui ketika kamu telah mengenal dirimu sendiri, karena semuanya ada pada dalam dirimu.
sejuta ilmu dan kata kata motivasi tidak akan berguna jika tidak di iringi dengan tindakan.
Dalam hidup kita di beri dua pilihan, yaitu susah dan bahagia, maka paksakanlah dirimu untuk meraih salah satunya.
sukses yang besar itu berasal dari kumpulan sukses sukses yang kecil.
Keinginan dunia adalah fatamorgana, jika kamu telah mencapai sesuatu yang kamu inginkan, maka kamu akan melihat fatamorgana yang lain dan menginginkannya lagi untuk kamu miliki, berhentilah memhambakan diri pada fatamorgana. syukurilah apa yang telah kamu capai dan kamu miliki.
Demikian Kata Kata Bijak Motivasi Penuh  Inspirasi Hidup, semoga bermanfaat untuk memperbaiki hidup menuju hidup yang lebih baik.

[AGAMA] Doaku pada hari ini


AMIN , AMIN , YARABAL ALAMIN


Saturday 21 March 2015

[MEETING ROOM FOR RENT]






KELAS ANJURAN DARI MASTER AZLIN DI FTC ..

Kelas anjuran Master Azlin sedang berlangsung pagi ini di Faizworld Training Centre, level 3
, Bangi Paragon..
Selamat menimba ilmu buat semua peserta2.
Jika anda berminat mengadakan kelas/seminar/kursus di FTC yg lengkap dengan pelbagai kemudahan dan lokasi strategik di Bandar Baru Bangi, boleh hubungi kami di training_course@faizworld.com , 0169219110




[TIPS KELUARGA]


Falsafah perkahwinan menurut Islam
Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamupasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."

(Surah al-Rum, ayat 21)


Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang,ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia. Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan
berkenaan.

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.
Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama.

Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.

Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan
seks menjadi matlamat. Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan kebahagiaan rumah tangga semakin jauh.

Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih Pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.

Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan. Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.

Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan. Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.

Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa."

Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas. Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.

Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh. Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas
bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.
Salah satu cara terbaik ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata. Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.