Like Us on FB

Tuesday 30 June 2015

[TIPS KESIHATAN]


5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat
5 Tips Untuk Wanita Kekal Cantik Dan Sihat | Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:
1) Senaman membina peribadi positif – Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulangREPUT. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Monday 29 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Tafsir AlQuran
Tarikh : 25 Jun 15
Speaker : Ustaz Muhamad Shauqi Hasan dari Warga Prihatin
Anjuran : Faizworld Training Centre.
Perkongsian menarik berdasarkan sistem yang Allah beri melalui AlQuran dan sunnah untuk menjadi kunci kepada kita semua mengurus tadbir kehidupan seharian
Semoga Allah kurniakan barakah dan kejayaan untuk Warga Prihatin serta kebaikan dan manfaat yang berpanjangan untuk semua peserta yang hadir.




[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Friday 26 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Puasa bukan alasan!
Jangan jadikan kelesuan sepanjang Ramadan ini sebagai alasan mengabaikan penampilan diri anda. Ada caranya untuk anda kekal kelihatan segar dengan wajah berseri walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Ikuti panduan ini.
Minum air secukupnya
Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan penghidratan.

Pelembap
Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

Penyental kulit (scrub)
Jangan lupa menggunakan scrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati yang menyebabkan kulit kelihatan kusam.

Pelembap bibir
Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku pada Ramadan. Jadi, pastikan pelembap bibir sentiasa ada bersama anda untuk digunakan pada bila-bila masa.
Sebaiknya, pilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kelihatan pucat.

Rawatan muka
Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan pupur wajah untuk memberi vitamin pada kulit. Jika kekurangan bajet, anda boleh membuat pupur sendiri dengan menggunakan putih telur.

Gizi seimbang
Jauhi makanan yang mengandungi kadar gula tinggi ketika sahur, kerana tubuh kamu akanCEPATmerasa lapar setelah makanan habis dicerna tubuh.

Losyen badan
Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan kerana kekurangan air. Gunakan losen yang mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Wednesday 24 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Susun atur dengan bijak
Cara susunan yang betul untuk ruang dapur akan memudahkan anda untuk bergerak dan membuat kerja. Ini secara tidak langsung menjimatkan masa serta membantu anda menyiapkan banyak kerja dalam satu masa.
Jadi bagi mendapatkan dapur idaman anda, aplikasikan kaedah segitiga dapur iaitu kedudukan sinki, dapur dan peti sejuk disusun membentuk segitiga bagi mengurangkan pergerakan anda.
Disebabkan itu, tetapkan kedudukan ketiga-tiga barangan ini dahulu sebelum mengubah suai ruang dapur anda. Pastikan buat keputusan yang bijak untuk keselesaan dan dalam masa sama menjaga keselamatan anda sewaktu memasak.

Sinki

Kedudukan yang paling sesuai adalah berhadapan tingkap dapur. Tidak hanya selesa malah mengelakkan lembapan di dalam dapur terutama bagi singki yang sentiasa dalam keadaan basah.
Cahaya matahari dan angin dari tingkap membantu mengeringkan singki dengan lebih berkesan. Ini juga baik dalam memastikan kabinet dapur anda tahan lebih lama.

Dapur

Sesuai diletakkan berhampiran singki. Ini baik untuk melancarkan proses penyedut asap (hood) bagi mengeluarkan asap daripada dapur dengan lebih berkesan.
Lokasi yang paling sesuai untuk dapur anda adalah 50cm hingga 100cm jarak dari sinki. Secara tidak langsung ruang antara sinki dan dapur cukup untuk dua orang melakukan kerja serentak.

Peti sejuk

Antara barangan yang paling besar dan seeloknya diletakkan di hujung dapur bagi menampakkan ruang yang lebih luas. Kabinet tinggi sesuai diletakkan di tepi peti ais bagi melindunginya dan dalam masa sama, ruang ini nampak lebih kemas.
Walaubagaimanapun, jarakkan peti sejuk sekurang-kurangnya 10cm daripada kabinet untuk membantu sistem pengudaraan yang lebih sempurna.

Ketuhar

Selain tiga barang di atas, ketuhar juga antara barangan penting yang perlu ada di dapur anda. Dalam memastikan kedudukannya, ketuhar gelombang mikro tidak sesuai diletakkan berhampiran dapur.
Ketuhar biasa selalunya bersaiz sederhana jadi, boleh diletakkan di bawah atau di dalam kabinet tinggi.
Bagi mempelbagaikan kegunaan kabinet untuk menyimpan lebih banyak barang, kabinet tinggi adalah pilihan yang tepat.
Selain itu jika menyimpan ketuhar di dalamnya, anda boleh menentukan ketinggian ketuhar supaya mudah untuk menggunakannya.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Monday 22 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Cegah Sakit Batu Karang
Air kencing mengandungi garam galian yang hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dipanggil ‘batu’.
Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Adakalanya dinamakan renal colic iaitu sakit teruk pada sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasa sebarang tanda. Tapi ada juga yang berasa terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit ialah melalui pembedahan selain rawatan ultrabunyi.

Risiko Terjadinya Batu Karang

  1. Kurang air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  3. Umur : Kebanyakan KES berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Ada Empat Jenis Batu Karang

  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.

Batu Karang Didalam Ginjal (Buah pinggang)

Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.
Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.

Cara Mengubati

Kaedah merawat berbeza mengikut keadaan. Jika batu-batu ini dapat keluar secara semula jadi, pesakit akan disuruh minum air dengan banyak iaitu tiga liter sehari. CARA ini dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga perlu diubah bagi mengurangkan bahan kimia yang ada dalam badan pesakit.
Bagi KES yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan akan dijalankan. Penyakit ginjal memerlukan rawatan sepanjang hayat. Jika tersekat dan kuman mula merebak, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Batu Karang Dalam Hempedu

Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.
Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.
Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Cara Mengubati

1. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil untuk memecahkan batu. Hanya beberapa lubang kecil akan dilakukan dan pesakit akan berasa kurang sakit.
2. Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas pembedahan dilakukan, hati akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencerna diet yang NORMAL.
3. Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batubatu kolestrol dalam tempoh yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
4. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang. Namun, batu ini akan terbentuk kembali melainkan jika mengambil ursodial secara berterusan.

Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Tafsir AlQuran
Tarikh : 18 Jun 15
Speaker : Ustaz Muhamad Shauqi Hasan dari Warga Prihatin
Anjuran : Faizworld Training Centre.
Perkongsian menarik berdasarkan sistem yang Allah beri melalui AlQuran dan sunnah untuk menjadi kunci kepada kita semua mengurus tadbir kehidupan seharian
Semoga Allah kurniakan barakah dan kejayaan untuk Warga Prihatin serta kebaikan dan manfaat yang berpanjangan untuk semua peserta yang hadir.




Friday 19 June 2015

[TIPS KECANTIKAN]


JAGA RAMBUT WALAU BERHIJAB

Sayangilah rambut sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. Walaupun bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan tip ini.
1. Pilihlah tudung daripada jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik daripada kain kapas. Fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara di kepala anda.
2.TREND pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain.
Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas, membuatkannya mudah lembap dan berbau.
3. Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari.
Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
4. Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh pada tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering.
Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
5. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ini memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
6. Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan berbau yang kurang menyenangkan.
7. Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dengan menggunakan produk yang bersesuaian keadaan rambut anda.
Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/tonik (selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Thursday 18 June 2015

[TIPS PERCUTIAN]





Tibalah masa anda merancang untuk percutian keluarga. Selesa dengan percutian di rumah atau ingin ke destinasi menarik?


Percutian di rumah juga merupakan satu pilihan baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa memikirkan stress perjalanan.


Jika anda bernasib baik dapat melarikan diri daripada kesibukan kerja, anda masih boleh mempunyai percutian yang hebat bersama keluarga. Nikmati percutian mengikut kemampuan dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:
- Buat bajet untuk percutian anda
- Teliti perbelanjaan yang dibuat
- Amalkan perbelanjaan berhemat ketika bercuti


Berikut adalah sebahagian daripada langkah-langkah mudah yang boleh membantu anda menjimatkan wang untuk percutian keluarga anda: - petuaseharian.blogspot.com


Penginapan
- Gunakan perkhidmatan diskaun dalam talian ONLINE untuk mendapatkan kadar bilik HOTEL yang lebih murah.
- Pertimbangkan pilihan lebih murah, contohnya bermalam di HOTEL 2 bintang berbanding di HOTEL 3 bintang.
- Bermalam DI RUMAH rakan atau saudara secara percuma.


Makanan
- Jika anda memandu, sediakan makanan dan minuman sebagai bekalan di dalam kereta atau semasa di tempat rehat.
- Makanlah di restoran yang murah dan bersih.
- Pilih untuk memasak ketika dalam percutian.
- Jika anda makan di restoran, semak resit restoran untuk pastikan yang anda dicaj dengan harga yang betul.


Melancong
- Buat pelan perjalanan lebih awal.
- Jika memandu, servis dahulu kereta sebelum memulakan perjalanan. Memandu sendiri lebih ekonomi bagi anda yang berkeluarga.
- Jika menaiki kapal terbang, tempah tiket ketika musim promosi. Jangan bawa barangan yang banyak untuk mengelakkan kes muatan tambahan.


Membeli belah
- Beri keutamaan kepada percutian anda dan bukan pada membeli belah.
- Jika membeli belah, tawar-menawarlah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik.
- Semak harga sebelum membuat apa-apa pembayaran.


Rekreasi
- Rancang aktiviti yang ingin dilakukan ketika bercuti. Beli tiket secara ONLINE untuk mendapatkan harga yang murah dan elakkan dari membuang masa menunggu di kaunter.
- Cari tempat tarikan pelancong yang percuma atau murah. Taman permainan, muzium, atau zoo antara tempat pelancongan yang murah.


Tip-tip lain
- Berjalan kaki ialah CARA yang menarik untuk meninjau sesuatu tempat dan mengambil gambar.
- Bercutilah ketika bukan waktu puncak. Ianya lebih murah dan tiada kesesakan.
- Minta bantuan penduduk tempatan untuk ke destinasi yang menarik.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Measurement & Calibration
Anjuran : Sapura Industrial Berhad
Tarikh : 15 - 16 Jun 15





Tuesday 16 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]



Seperti wanita, lelaki juga memerlukan beberapa zat penting untuk tubuh mereka. Tidak hanya baik untuk kesihatan malah zat ini juga memainkan peranan yang penting untuk kesuburan mereka.
Jadi untuk semua jejaka, anda harus peka dan ambil tahu mengenai semua nutrien ini. Harus diingat, bukan sahaja makanan, anda juga harus sentiasa bersenam dan mengawal kalori bagi mendapatkan tubuh yang sihat sempurna.

1. ZAT BESI

Zat besi diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormon TESTOSTERON dan menambah jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh.
Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah SEKS dan merangsang kepuasan seksual kerana mengandungi hormon dopamine.
Makanan laut ini juga MAMPU mempertahankan sel tubuh daripada sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.

2. VITAMIN B3

Vitamin B3 atau Niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu hormon seksual.
Pengambilan vitamin B3 yang kurang membuatkan anda mengalami masalah ghairah SEKS dan mengganggu kemampuan ereksi seorang lelaki.
Makanan yang kaya vitamin B3 seperti cendawan, ayam, tuna mampu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada anda.

3. VITAMIN B6

Vitamin B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk rangsangan SEKS lelaki selain mampu menaikkan libido wanita.
Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati di dalam avocado dan telur.

4. VITAMIN E

Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin khusus untuk SEKS. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau.
Selain itu, vitamin E ini juga merupakan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Jadi amalkan makan badam, kekacang dan bayam.

5. VITAMIN C

Brokoli, dan sayuran berwarna jingga (labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang mudah didapati.
Peranan vitamin C serta beta kerotina yang terkandung di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Tahniah!!
Pemenang Lucky Draw May 2015
Baucer petrol/minyak yang bernilai Rm 150.00...
Tahniah En Zulkafali daripada Sapura Industries....
Ekslusif hanya di Faizworld Training Centre...
Untuk tempahan sila hubungi kami :
Tel :03 89289799
Whatapps : 0169219110
Email : training_course@faizworld.com

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Tafsir Al Quran
Tarikh : 12 Jun 15
Speaker : Ustaz Muhamad Shauqi Hasan dari Warga Prihatin
Anjuran : Faizworld Training Centre.
Tafsir/Kupasan menarik ayat2 AlQuran untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Semoga Allah kurniakan barakah dan kejayaan untuk Warga Prihatin serta kebaikan dan manfaat yang berpanjangan untuk peserta yang hadir.
Hidup ini singkat. Bersama-sama lah kita berlumba dalam keadaan mencari islah




Monday 15 June 2015

[TIPS KESIHATAN]


Berhati-hati dengan appendik
Radang appendik berlaku apabila appendik membengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan bahagian ini agak menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.
Kesakitan mula dirasi pada bahagian pusat dan kemudiannya beralih ke bahagian bawah abdomen. Biasanya sakita ynag dialami berterusan antara 6-12 jam dan akan menjadi lebih teruk. Setiap individu berisiko untuk menghidapnya namun lebih kerap terjadi kepada mereka yang berusia antara 10 – 30 tahun.
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun mungkin disebabkan beberapa punca seperti:
  1. Sisa makanan atau najis tersumbat pada rongga dinding usus atau appendik.
  2. Jangkitan virus pada sistem pencernaan
Kesannya, appendik menjadi radang dan bernanah. Jika tidak menerima rawatan, kemungkinan besar appendik akan pecah.

Tanda-tanda appendik

Simptom radang appendik berubah mengikut masa dan bahagian sakit juga berbeza-beza bergantung kepda umur serta kedudukan appendik:
  • Peringkat awal, kesakitan kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Sukar membuang angin
  • Cirit-birit
  • Bengkak pada abdomen
  • Demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun abdomen disentuh secara lembut dan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Keadaan ini juga DAPAT dirasai jika kita batuk, berjalan ataupun keadaan yang bergegar. Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.
Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami keadaan appendik pecah berbanding dewasa. Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin mengambil ringan tanpa sebarang rawatan.
Atas situasi ini dan jangan ambil MUDAH jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius. Terus bawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka . Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

Kesan

1. Appendik pecah
Ini adalah komplikasi yang paling serius. Kandungan di dalam usus dan organisma yang membawa jangkitan akan meneyrang kawasan abdomen. Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.
Apabila apendik pecah, pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba. Tetapi selepas itu, seluruh kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair. Pesakit akan berasa tidak selesa, tegang dan sakit jika disentuh. Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu pada bahagian abdomen.
Pesakit juga tidak MAMPU membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang yang dialami. Lain-lain yang DAPAT dilihat adalah demam, dahaga dan air kencing yang sedikit.
2. Peritonitis
Radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah KES kecemasan. Jika ada ahli keluarga anda mengalaminya, perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum menjadi lebih kronik.
Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum menjadi lebih kronik (peritonitis).

Rawatan

Pembedahan adalah rawatan terbaik. Pesakit perlu dibedah bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan kecil pada abdomen. Rawatan ini akan pulih dengan segera dan meninggalkan parut pembedahan yang kecil.
Jika appendik pesakit pecah hingga menyebabkan jangkitan yang merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah.
Jika simptom yang dialami berlanjutan untuk tempoh lima hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Melalui CARAini bengkak berkurangan dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit. Jika berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.