TIPS JIMAT DUIT HADAPI GST 
 GST dengar je Dah Rasa Menbebankan Risau Dan Gelisah Bila Harga Barang 
Makin Naik dan Pembelanjaan makin tinggi bagaimanakah cara untuk jimat 
duit dan mengurangkan kos sara hidup? ini ada 20 tips yang saya dapat 
kongsikan Mungkin Sidikit Sebanyak Dapat Membantu Anda Berjimat Cermat 
Dalam Menghadapi GST
 1. kalau belum ada kereta, kumpul duit 
tiap-tiap bulan semaximum yang boleh, beli kereta 2nd hand secara tunai 
dan pastikan kereta berkeadaan baik. Contoh, kancil RM6k-RM8k. Jangan 
fikir negatif tentang maintenance/repair/services nanti. Guna dan pandu 
dengan cermat, maintenance services kerap mengikut jadual. Maintain 
kereta dan usah berangan untuk tukar kereta. Di sini anda telah jimat 
jika ansuran bulanan yang dianggarkan RM500-RM1k setiap bulan. Jika 
setahun tentu RM6,000-RM12,000!
 2. Jika anda punyai kereta, 
kekalkan kereta anda walaupun setelah habis membayar sepenuhnya. Usah 
bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekal dalam 6 bulan, anda akan 
dapati ada duit lebihan contoh RM500 sebulan, 6 bulan tentu sudah ada 
RM3000 dalam tangan. Jika setahun, tentu RM6000!
 3. Bayar bil 
secara lebihan. Jika bila anda RM75, bayar RM100. Tetap bayar lebih 
setiap bulan dan jangan fikir tak perlu bayar jika 2-3 bulan akan datang
 tengok bil negatif (contoh negatif -RM25 yakni TNB hutang kita). 
Displinkan diri bayar sampai hujung tahun. Anda akan dapati bil anda 
telah capai -RM300. Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tak 
perlu risau setiap bulan untuk bayar bil. Pastikan bayar bil secara 
online, bayar di kaunter tidak dibenarkan bayar lebih.
  
 4. Berhenti merokok. Maaflah ya perokok. Anda boleh jimat antara RM120-RM200 sebulan. Mungkin lebih untuk perokok tegar.
 5. Jangan membuat pinjaman untuk apa-apa seperti pinjaman peribadi, 
pinjaman membeli saham, tak perlu beli insurans hayat jika anda 
betul-betul berjimat untuk beberapa tahun dan jaga kesihatan anda yang 
paling utama agar tidak sering jatuh sakit.
 6.  berhenti langgan 
astro. Saya jimat RM1200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12k. 
Kebanyakan Pekerja Jarang Menonton Tv sebab selalu pulang lewat. Jika 
ada masa tersisa hanya 1 jam itu pun rasa tak berbaloi langgan astro. 
Jika mahu tonton, tonton melalui youtube (jika ada).
 7. Kurangkan berbelanja makanan minuman mewah di luar. Tentu dapat jimat RM150-RM250 sebulan.
 8. Jika ke tempat kerja, guna kereta separuh jalan, parking berhampiran
 stesen dan naiki tren atau bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol 
kereta anda. Contoh jika sebulan kos petrol anda RM400, anda sudah jimat
 RM200.
 9. Elakkan shopping barang yang tak perlu. Jika setiap 
bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150-RM200, anda sudah jimat 
RM200.
 10. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa jika perlu 
berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan
 kos Anda boleh jimat separuh atau mungkin lebih. Jika sebelumnya,
 11. Jangan lupa banyakkan bersedekah kepada yang layak, terutama kepada
 ibu bapa, kepada keluarga, dan kepada yang layak dan berhak. Jangan 
kedekut kerana bersedekah tidak akan membuat anda miskin, malah Allah 
swt akan membantu anda melalui orang-orang yang terpilih tetapi jangan 
terlalu berharap sangat nanti anda kecewa tapi lakukan dengan penuh 
ikhlas tanpa berkira-kira. Jika anda rajin bersedekah, orang yang mahu 
berhutang pun akan terasa malu dengan anda sebab anda pun bukan orang 
kaya. Inshaallah dijauhkan oleh pencuri, pencopet, penyamun, dll.
 12. Rajin solat dhuha, dekati Allah swt. Solat tahajjud jangan tinggal 
juga solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Bangun sebelum 
adzan subuh dan siap-siap solat serta jangan tidur semula.