Like Us on FB

Thursday, 4 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Seminar Ops Teamwork & Growth
Tarikh : 1 Jun 15
Speaker : Master Beeha
Pn Naza
Pn Faiza
En Mustaqim




Wednesday, 3 June 2015

[TIPS SIHAT]


Tak makan tetapi sihat
Ibadah selama sebulan ini amat baik dalam membantu merawat beberapa penyakit. Malah, dengan berpuasa nafsu juga dapat dikawal terutama dari segi pengambilan makanan.
Ibadah selama sebulan ini amat baik dalam membantu merawat beberapa penyakit. Malah, dengan berpuasa nafsu juga dapat dikawal terutama dari segi pengambilan makanan.
Biarpun pada sebelah siang berpuasa, itu bukanlah penghalang untuk anda menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Jadi, bagi memastikan anda kekal bertenaga dengan mengamalkan diet yang betul. Berikut antara tip yang boleh diikut:

Makan cara sihat

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya.
Sekiranya masalah ini berlaku pastinya boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat Ramadan.
Makanlah pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Anda harus mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam.
Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa

Kebanyakan daripada kita suka makan kuih muih manis sebagai juadah berbuka. Tidak menjadi salah asalkan tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa.
Ini baik untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman. Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa kerana kaya dengan tenaga serta serat.
Elakkan makan makanan pedas atau berempah sewaktu berbuka bagi mengelakkan perut berasa tidak selesa.
Contoh makanan yang baik diamalkan pada Ramadan adalah seperti berikut:
  • Berbuka: Tiga biji kurma, setengah cawan jus buah-buahan, satu cawan sup sayur atau setengah cawan bubur lambuk dan sekeping kuih.
  • Makan malam: Dua senduk nasi, seketul ikan atau ayam, sayur campur dan sebiji buah.
  • Makan lewat malam atau moreh: Makan makanan ringan seperti roti, sandwich, kuih muih, kacang atau buah-buahan.
Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai Insulin Spike memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah kerana berpuasa.
Pada fasa ini, insulin akan dirembes dengan mendadak dengan kadar yang banyak, untuk membantuhappy wheels demo penyerapan glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh dengan mendadak dan otak mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan. Ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan.

Sahur

Amalan bersahur penting sewaktu berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang berpuasa pada siang hari. Sebaik-baiknya, waktu sahur sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan.
Sahur boleh dilakukan dengan makan sedikit walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu ini. Memadai dalam anggaran yang secukupnya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.
Sewaktu bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti gandum penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar kerana makanan jenis ini mengambil masa kirakira lapan jam untuk dicernakan.
Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan. Seeloknya minum tiga hingga lima gelas air, diagih secara berperingkat dari awal hingga ke akhir sahur.
Walaubagaimanapun elakkan pengambilan garam berlebihan dan minum minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna kerana inilah peluang anda untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula.
Beri perhatian kepada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, anda lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak aktif.
Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana seperti regangan dan berjalan kaki. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]


Tuesday, 2 June 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Tafsir AlQuran
Tarikh : 29 May 15
Speaker : Ustaz Muhamad Shauqi Hasan dari Warga Prihatin
Anjuran : Faizworld Training Centre.
Perkongsian menarik berdasarkan sistem yang Allah beri melalui AlQuran dan sunnah untuk menjadi kunci kepada kita semua mengurus tadbir kehidupan seharian
Semoga Allah kurniakan barakah dan kejayaan untuk Warga Prihatin serta kebaikan dan manfaat yang berpanjangan untuk semua peserta yang hadir.



Monday, 1 June 2015

[TIPS KECANTIKAN]


TIPS KACAK UNTUK LELAKI

Siapa kata lelaki tidak perlu menjaga kulit mereka? kalau ada yang beranggapan lelaki tidak perlu menjaga penampilan seperti wanita, mereka salah. Tidak kira apa juga jantina anda, menjaga penampilan itu penting.
Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh lelaki dalam memastikan mereka sentiasa nampak menarik. Ini hanyalah rutin biasa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda hanya perlu luangkan sedikit masa sahaja.
Jangan malas kerana ini penting untuk meningkatkan keyakinan diri. Mencuci wajah Bagi mendapatkan kulit wajah bersih, anda harus mencuci muka pada waktu pagi dan malam. Ini penting untuk menghilangkan minyak berlebihan serta habuk.
Gunalah produk khusus untuk mencuci wajah dan jangan sesekali menggunakan sabun buku.

SKRUB MUKA

Skrub wajah adalah cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang berseri. Proses ini berupaya menghilangkan sel-sel kulit mati. Kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita jadi, jenis skrub yang diguna juga berlainan.
Ada banyak produk skrub khas untuk lelaki tetapi, jangan sesekali menggunakan skrub yang mengandungi seed extract kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah.

PELEMBAP

Ini penting untuk melembapkan kulit anda. Tetapi pelembap yang berlebihan boleh mendatangkan masalah kulit, disebabkan liang pori yang tersumbat.
Cuba gunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu bagi mengelakkan ketegangan kulit dan kulit kering serta menggelupas.

KEDUT

Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan paling jelas pada dahi, sudut mata dan mulut. Terlalu terdedah kepada matahari antara penyebab utama masalah ini.
Namun, ini dapat dihindari dengan tidur dengan postur yang betul, mencuci muka, diet yang betul dan banyakkan mengambil makanan yang mengandungi antioksidan dan Omega-3 yang mampu mengurangkan kedutan.

BINTIK HAPPY WHEELS DEMO HITAM

Inilah punca utama jerawat kerana di kawasan inilah banyak terkumpulnya bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam banyak terdapat pada hidung, dahi dan tulang pipi.
Bersihkan kulit dengan kerap dan elakkan diri anda daripada terdedah terlalu lama di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.

JERAWAT

Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, ikut diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan elak mengambil makanan berminyak, berempah serta pedas.
Pastikan anda minum banyak air.

KULIT KERING

Kulit kering disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air dan gunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering.
Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus menggunakan pelembap berubat yang boleh dibeli di farmasi.

KULIT BERMINYAK

Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah punca kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan mengambil makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

BERCUKUR

Amat penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur. Bagi mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit sewaktu mencukur. Anda harus kerap menukar mata pencukur bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Krim atau buih pencukur elok digunakan bagi melancarkan proses mencukur dan mengelakkan luka serta tekanan. Untuk lebih selesa, gunalah krim atau losen selepas cukur bagi membantu menyejukkan kulit dan menyembuhkan luka akibat terkena mata pisau. Malah, produk ini juga mampu mencerahkan kulit wajah.

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas YES shaklee bersama MAster Nabiha Yunos sedang berlangsung sekarang di Faizworld Training Centre.


[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]