Like Us on FB

Monday, 13 July 2015

[TIPS KESIHATAN]


Senaman Harian Turunkan Risiko Kanser Payudara

  Wanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.
Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.
Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.

No comments:

Post a Comment