Like Us on FB
promo_5
Thursday, 30 July 2015
Wednesday, 29 July 2015
[TIPS MAKANAN]
SUSU SEGAR
- APAKAH DIA SUSU SEGAR ?
- DI MANA SUSU TERJADI ?
- KENAPA SUSU DIKATAKAN SALAH SATU DARIPADA MAKANAN TERBAIK ?
- BAGAIMANA SUSU DIPEROLEHI DARIPADA LEMBU ?
- BERAPA LAMA LEMBU MENGELUARKAN SUSU ?
- APAKAH SUSU SEGAR YANG BERMUTU ?
"Susu segar" adalah sekresi susu biasa yang bersih daripada lembu yang diberi makan dan dipelihara dengan sempurna. Ini tidak termasuk susu yang diperolehi dalam masa empat hari sebaik saja selepas kelahiran anak.
Susu dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada dinding-dinding alveoli di dalam pundi susu. Jumlah alveoli di dalam pundi susu bertambah semasa lembu bunting dan terus bertambah sehingga maksima pada kemuncak pengeluaran susu dan kemudiannya berkurangan sehingga habis laktasi.
Susu adalah salah satu daripada makanan terbaik kerana kandungan dan kebaikannya seperti berikut :
- Protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.
- Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
- Lemak untuk sumber tenaga.
- Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.
Susu diperolehi daripada lembu dengan merangsangkan lembu tersebut semasa memerah. Rangsangan ini adalah dengan menggunakan anak lembu berkenaan untuk menghisap puting tetek atau dengan cara lain yang pergerakannya menyerupai gerakan anak lembu menghisap susu. Ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan atau mesin pemerah susu.
Lembu akan mengeluarkan susu setelah kelahiran dan akan terus mengeluarkan susu sekiranya tidak diberhentikan. Di dalam pengurusan yang baik, jangkamasa pengeluaran susu Laktasi) ialah 210 sehingga 250 hari, iaitu diberhentikan ketika lembu sudah 7 bulan mengandung. Ini adalah untuk merehatkan lembu dan menyediakannya untuk kelahiran kelak.
"Susu segar" mengandungi air, lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protin, vitamin, galian (mineral) dan lain-lain.
Susu yang bermutu adalah susu yang dihasilkan dengan cara yang bersih dan dapat menepati kehendak-kehendak Peraturan Makanan 1985
BAGAIMANAKAH SUSU SEGAR DIKENDALIKAN ?
Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam "chum" atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 - 4 oC sementara menunggu pemprosesan.
MENGAPA SUSU SEGAR MESTI DISIMPAN SEJUK ?
Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o - 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.
BAGAIMANA SUSU BOLEH ROSAK ?
Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa - masam.
PUNCA SUSU ROSAK ?
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya adalah seperti berikut :
- Pemerahan susu dilaksanakan di dalam keadaan yang tidak bersih
- Bekas susu yang tidak bersih.
- Tidak disimpan seperti yang dikehendaki.
- Adanya bahan asing di dalam susu.
- Susu tidak diproses dengan betul.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMPROSESAN SUSU ?
Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.
APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN SUSU ?
Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.
APA DIA SUSU PASTEUR ?
Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi mengikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :
Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o- 4o C sebelum dipak dan disimpan.
Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.
Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk "susu segar". Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C
- Kedah Holding
- Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat
APA DIA SUSU STERIL ?
Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106oC selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipak di dalam bekas berkedap.
APA DIA SUSU SUHU ULTRA TINGGI ?
Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang datipada 135oC sekurang-kurangnya selama 2 saat, dan seterusnya dipak secara aseptik ke dalam bekas yang steril.
APA DIA SUSU SKIM ?
Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.
APA DIA SUSU CAMPURAN SEMULA ?
Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua duanya sekali dan seterusnya dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.
APA DIA SUSU BANCUHAN ?
Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan rnenambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.
APA DIA SUSU TEPUNG PENUH KRIM ?
Susu tepung penuh krim adalah susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.
APA DIA SUSU TEPUNG SKIM ?
Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.
APA DIA SUSU SEJAT ?
Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan menbancuh konstituen susu.
Boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).
APA DIA SUSU ISIAN ?
Susu isian (lalah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.
APA DIA SUSU HIDROLISIS LAKTOSA ?
Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini (dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa ("lactose intolerence").
APA DIA SUSU BERPERISA ?
Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.
APA DIA DADIH ?
Dadih adalah merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/ susu skim, atau/ dan bahan perisa yang dibenarkan.
Tuesday, 28 July 2015
[TIPS PERNIAGAAN]
Kreatif dan kritis!! Dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan utama dalam misi anda untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain, anda perlu berfikir dan berusaha dengan lebih keras bagi menjadikan perniagaan anda sesuatu yang lain daripada yang lain demi menarik minat lebih ramai pelanggan. Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya akan lebih cepat dikenali oleh para pengguna tambahan pula sekiranya produk atau servis yang disediakan menepati kehendak pengguna. Akan tetapi, faktor kreativiti tersebut mestilah seiring dengan strategi perniagaan anda agar faktor itu benar-benar dapat memberikan impak kepada perniagaan yang diusahakan. Contoh yang mudah, pada hari ini kita boleh melihat betapa ramai para peniaga di pasar-pasar malam yang menjual air tebu. Mungkin di satu kawasan pasar malam yang sama terdapat dua atau tiga gerai yang menjual air tebu. Maka, persaingan menjadi lebih sengit. Oleh itu, penjual-penjual air tebu tersebut sewajarnya berfikir dengan lebih mendalam tentang cara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke gerai masing-masing. Bagaimanakah caranya? Terpulang kepada masing-masing untuk memikirkannya. Banyak aspek-aspek kreativiti yang boleh digunakan dalam perniagaan tanpa mengambil kira jenis perniagaan anda juga sama ada perniagaan anda kecil ataupun besar. Jika kena dengan caranya, kreativiti tersebut mampu menaikkan jenama perusahaan anda!!
Melihat Kelemahan dan Kekurangan Sebagai Satu Peluang Keemasan!!
Setiap perniagaan kebiasaannya mempunyai kelemahan atau kekurangan yang tersendiri. Kekurangan tersebut tidak seharusnya dipandang sebagai satu kelemahan oleh para peniaga. Jadi, bagaimana caranya untuk melihat kelompangan yang ada dalam sesebuah perniagaan sebagai suatu kelebihan? Mudah sahaja bak kata seorang tokoh perniagaan internet yang terkemuka iaitu Irfan Khairi menyatakan bahawa usahawan atau mana-mana para peniaga mestilah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran. Tujuannya adalah untuk memastikan adanya percambahan idea dalam kalangan para peniaga mahupun usahawan-usahawan bagi menguruskan sesebuah perniagaan sekaligus dapat menjadikan perniagaan tersebut lebih menarik. Untuk itu, bagi para peniaga yang benar-benar berfikiran kreatif dan kritis, mereka akan cenderung untuk melihat segala kekurangan atau kelemahan dalam perniagaan sebagai satu peluang keemasan untuk mereka meningkatkan mutu serta kualiti perniagaan.
Contoh yang sangat mudah, pernahkah anda mendengar tentang Kentucky Fried Chicken atau lebih popular sebagai KFC? Agak pelik sekiranya anda mengatakan tidak!! KFC adalah antara restoran makanan segera yang mempunyai elemen-elemen kreativiti dalam kelas tersendiri. Menyedari bahawa hidangan utama mereka adalah ayam goreng, pihak KFC mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelbagai menu dari semasa ke semasa dan setiap menu tersebut mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap pembeli. Ini kerana, pihak KFC sendiri mungkin dapat merasakan bahawa masyarakat akan berasa bosan dengan menu yang sama tanpa sebarang perubahan. Bagi mengelakkan kelemahan tersebut berlaku, strategi berkesan telah diatur dengan baik oleh pihak KFC. KFC Tom Yum, ‘Famous Bowl’, ‘KFC Egg Tart’, ‘Toasted Pocketful’, ‘Krushers’, dan banyak lagi menu-menu baru yang telah diperkenalkan oleh KFC. Konsep perniagaannya tidak pernah berubah iaitu menyediakan makanan segera kepada masyarakat awam. Akan tetapi, faktor kreativiti pihak pengurusan KFC Malaysia sememangnya wajar dijadikan contoh oleh para peniaga dan usahawan yang lain dengan mereka sentiasa berfikiran kehadapan untuk menyediakan pelbagai resepi-resepi terkini bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain itu, sebagai seorang usahawan atau peniaga, keberanian untuk mengambil risiko sangat penting. Tetapi janganlah kita membuta tuli mengambil sesuatu risiko tanpa mengkaji faktor dan kesannya terlebih dahulu. Dalam isu melihat kekurangan sebagai satu peluang keemasan, keberanian memainkan peranan yang sangat besar. Kadang-kadang anda mungkin sudah berjaya menemui kekurangan yang ada dan sudah memikirkan cara untuk mengatasinya, tetapi dengan kemampuan yang ada adakah anda begitu berani untuk melaksanakannya? Pastikan langkah penyelesaian yang ingin anda ambil telah anda kaji dengan sedalam-dalamnya. Hidup dalam dunia perniagaan ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada kesan dan risiko yang menanti. Seandainya anda benar-benar yakin dan berusaha dengan segigih-gigihnya, InsyaALLAH anda akan berjaya.
Pelik Tetapi Menarik
Tidakkah anda teringin untuk mempunyai suatu perusahaan yang pelik tetapi menarik? Biar pelik asal menarik jangan pelik dan memang pelik!! Objektifnya tetap sama, untuk menarik seramai mungkin pelanggan atau pengguna terhadap servis yang anda sediakan. Tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, semuanya boleh menjadi lebih menarik sekiranya anda ada cara untuk melakukannya. Untuk mendapatkan sesuatu idea yang pelik tetapi menarik, anda sebagai seorang usahawan perlu mencabar pemikiran anda bagi mengumpulkan idea-idea yang terbaik dan sesuai dengan perniagaan yang anda usahakan. Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila kita mencuba sesuatu yang baru boleh jadi kita mendapat kritikan dan boleh jadi juga kita mendapat sokongan. Oleh itu, jika anda benar-benar yakin dengan apa yang anda ingin lakukan, ketepikan segala kritikan dan anggaplah kritikan-kritikan tersebut sebagai satu inspirasi untuk anda terus memajukan perniagaan anda.
Kebiasaannya, pada bulan Ramadhan, begitu ramai para peniaga yang mengambil peluang untuk berniaga di bazar-bazar Ramadhan. Pelbagai aneka juadah dijual dan para peniaga berlumba-lumba sesama sendiri untuk menghabiskan jualan produk makanan dan minuman masing-masing. Persaingan juga menjadi semakin sengit. Disinilah faktor pelik tetapi menarik boleh diguna pakai untuk memikat para pelanggan. Contohnya, gerai yang menjual minuman. Terdapat gerai yang menjual sehingga dua puluh lebih jenis minuman. Air tembikai laici, bandung cincau, epal susu, barli susu, koktail, katira, cendol dan bermacam-macam lagi jenis minuman yang dijual. Sudah tentu, gerai minuman tersebut akan menjadi tumpuan para pembeli kerana keunikannya selain terdapat banyak pilihan minuman. Inilah yang dikatakan pelik tetapi menarik!!
Dalam membincangkan isu pelik tetapi menarik, satu kekuatan yang perlu anda pupuk dalam diri anda adalah tahan kepada segala kritikan. Mungkin idea yang ingin anda laksanakan akan dianggap idea gila oleh sesetengah pihak, tetapi belum cuba belum tahu. Lakukan dan buktikan kepada semua bahawa idea anda itu boleh membuahkan hasil yang mengagumkan. Jangan sesekali jatuh kerana kritikan dan jangan sesekali megah kerana pujian. Dunia perniagaan tidak pernah menjanjikan sebarang kejayaan atau kegagalan berpanjangan, bergantung kepada sejauh mana usaha dan pengorbanan yang anda lakukan. Teruskan usaha anda dan beringatlah bahawa kesemua rezeki itu hanya datang daripada ALLAH SWT.
Sentiasa Berfikir Ke Hadapan
Dalam mana-mana ceramah motivasi atau seminar keusahawanan, sentiasa berfikiran ke hadapan merupakan antara aspek yang sering ditekankan oleh para penceramah. Bukan tidak boleh memandang ke belakang, tetapi jadikanlah segala pengalaman lampau sebagai satu pengajaran dan semangat untuk kita terus maju. Berbagai-bagai risiko yang ada dalam perniagaan. Untung dan rugi juga sudah menjadi mainan bagi para peniaga. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap para usahawan ataupun para peniaga kecil mahupun besar perlulah sentiasa berfikiran kehadapan. Anda perlu untuk memikirkan tentang kesan-kesan yang mungkin akan timbul, risiko yang bakal dihadapi, serta jalan penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam perniagaan. Para peniaga atau usahawan yang sentiasa berfikir ke hadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan perancangan yang hebat. Inilah antara contoh kreativiti dalam perniagaan. Dengan berbekalkan idea-idea yang hebat, mereka begitu kreatif menjalankan perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bolehkah anda melakukannya?
Seperkara lagi, usahawan yang berfikiran ke hadapan tidak akan menghadkan fikiran mereka untuk mencari satu sahaja jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Fikirkanlah lebih daripada satu jalan penyelesaian agar anda mempunyai banyak pilihan idea untuk menamatkan segala permasalahan yang membelenggu perniagaan anda. Apabila anda sudah mempunyai beberapa pilihan penyelesaian, pilihlah jalan yang terbaik yang mampu untuk anda lakukan.
Sekiranya anda seorang peniaga kuih-muih di pasar malam dan anda sering mendapati kuih-muih anda tidak dapat dijual habis maka apa yang anda akan lakukan? Sama ada anda membuang lebihan kuih-muih tersebut atau mengurangkan kuantiti jualan untuk masa akan datang atau anda akan mengurangkan harganya atau sebarang cara yang lain? Hakikatnya terpulanglah kepada anda tetapi pastikan keputusan yang diambil boleh mendatangkan faedah serta keuntungan kepada perniagaan yang diusahakan.
Promosi & Pengiklanan Perniagaan Yang Menarik
Strategi utama untuk melariskan perniagaan adalah melalui promosi dan pengiklanan. Pada hari ini, kita dapat lihat betapa banyak papan-papan iklan, banting, poster, kertas-kertas iklan dan bermacam lagi cara yang digunakan oleh para peniaga untuk menghebahkan perniagaan masing-masing. Tidak dinafikan, promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara berkesan untuk menarik para pelanggan. Akan tetapi, penghasilan iklan yang lebih kreatif serta menarik sudah tentu mampu memberikan impak yang lebih besar berbanding iklan-iklan biasa yang lain. Cumanya, apabila anda telah menghasilkan suatu iklan yang kreatif dan luar biasa, anda juga perlu memastikan kualiti produk atau perkhidmatan yang anda sediakan setara seperti mana yang telah anda iklankan. Jangan sesekali anda cuba untuk menipu dalam pengiklanan kerana boleh membawa kesan buruk serta menggugat keyakinan para pelanggan terhadap perniagaan anda.
Dalam era IT dan globalisasi ini, bermacam kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan. ‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Email’, laman sesawang pengiklanan seperti ‘mudah.my’, ‘e-bay’ dan banyak lagi laman pengiklanan di internet yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan bisnes yang anda jalankan bukan hanya di dalam negara malah di seantero dunia. Jika anda benar-benar kreatif dalam mengiklankan perniagaan anda, maka tidak mustahil perniagaan anda mampu berkembang maju dalam sekelip mata.
Zaman sekarang juga telah memperlihatkan begitu ramai individu yang gemar menjalankan bisnes hanya melalui internet sahaja. Misalnya, seseorang individu itu mampu untuk menjual pakaian hanya daripada rumah dan segala bentuk pengiklanan dan promosi dilakukan melalui internet. Penghantaran barangan pula dilakukan melalui pos atau kurier. Apa yang menariknya, keuntungan yang diraih mampu mencecah empat angka!! Ini tidak mustahil sekiranya anda bijak mengiklankan perniagaan anda.
Kesimpulannya, kreativiti dalam perniagaan memainkan peranan yang sangat penting terhadap perniagaan itu sendiri. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menjadikan sesuatu perniagaan lebih kreatif dan menarik. Setiap aspek dalam perniagaan perlu diberi penekanan bermula daripada aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan tersebut benar-benar membuahkan keuntungan. Pakar perniagaan internet, Irfan Khairi dalam tip perniagaannya ada menyatakan bahawa seseorang ahli perniagaan yang ingin menjana idea yang kreatif perlulah sentiasa bergembira dan berseronok kerana idea yang hebat seringkali datang apabila kita berada dalam keadaan gembira dan seronok. Semoga semua para usahawan dan para peniaga yang membaca artikel ini dapat mengambil input-input yang berguna dan mengaplikasikannya dalam perniagaan masing-masing. Ingatlah, rezeki itu datang daripada ALLAH SWT dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Monday, 27 July 2015
Tuesday, 14 July 2015
[TIPS KEWANGAN]
Bagaimana Nak Berjimat?
Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.
Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:
* Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
* Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
* Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
* Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.
* Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
* Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!
* Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
* Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!
* Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
* Cari hiburan yang percuma atau murah.
* Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.
* Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!
[TIPS PERNIAGAAN]
Tips Berjaya Dalam Perniagaan
Perniagaan? Orang Islam sebenarnya hebat dalam bidang pernigaan. Malah Rasullullah sendiri adalah usahawan. Rahsia kejayaan usahawan Islam sebenarnya berkait rapat dengan tatacara hidup kita sendiri sebagai seorang Muslim. Sedikit perkongsian tentang tips berjaya dalam perniagaan.
1. Mempunyai sikap yang bagus
Rasulullah sendiri tidak pernah berdebat dengan pelanggan atau rakan niaga baginda, sentiasa senyum melayan pelanggan, tidak bersumpah palsu dan berlemah lembut dalam melayan pelanggan.
2. Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif
Berniaga sangat mencabar dan sentiasa ada yang cuba menjatuhkan baik secara fizikal mahupun mental. Kata-kata sumbang “Alaa kau mana boleh buat”, “Kau tak pernah berniaga boleh ke kau nak berniaga ni”, “Semua orang dah jual, kau nak jual benda yang sama, ada market ke?”. Jika negatif yang diambil maka negatif lah hasilnya.
3. Sentiasa yakin dengan kekuatan produk/perkhidmatan yang ditawarkan
Bagaimana kita hendak yakinkan pelanggan untuk membeli jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita jual. Syarat utama untuk berjaya adalah kita sendiri mestilah pengguna produk/perkhidmatan yang kita tawarkan.
4. Berjiwa besar dan tebal muka
Dalam berniaga sentiasa ada pelanggan yang menolak, pelanggan yang tidak berpuas hati dan sebagainya. Jadi jiwa mesti besar untuk terima penolakan. Dan muka mesti tebah untuk terus mendekati pelanggan.
5. Mempunyai mentor
Jalan singkat untuk berjaya adalah dengan mempunyai mentor iaitu seseorang yang telah berjaya dalam bidang pernigaan yang anda ingin ceburi. Belajar dari mentor apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat. Tiada lagi Try And Error kerana anda sudah tahu jalan singkat.
6. Tidak cepat putus asa
Kebanyakan orang terlalu cepat berputus asa sebelum Allah sempat membuka pintu rezekiNya. Baru diuji sikit dengan kelewatan rezeki dah putus asa cakap bukan rezeki dia dalam bisnes.
7. Menjaga sedekah dan zakat
Zakat itu menyucikan harta dan sedekah itu pembuka pintu rezeki. Jagalah amalan zakat dan sedekah dan insyaAllah rezeki datang mencari
8. Sentiasa memperbaiki kesilapan diri
Dalam berniaga kita tidak boleh lari dari kegagalan. Tapi gagal sekali adalah kerana tersilap langkah. Tapi gagal kali seterusnya adalah sebab kita tidak berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri kita.
Semoga tips ringkas ini membantu anda semua. Semua orang boleh berjaya dengan syarat yakin dengan rezeki Allah, yakin dengan diri, yakin dengan bidang yang dipilih dan berusaha
Monday, 13 July 2015
[TIPS KESIHATAN]
Senaman Harian Turunkan Risiko Kanser Payudara
Wanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.
Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.
Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.
Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.
Friday, 10 July 2015
Wednesday, 8 July 2015
[TIPS MAKANAN]
Dengan memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.
Keracunan makanan boleh bermula daripada pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian hidangan serta penyimpanan semula makanan yang telah dimasak. Semua ini biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang dibeli awal dalam kuantiti yang banyak.
Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Pencemaran silang juga boleh berlaku apabila bahan mentah yang disimpan bercampur aduk dan tidak mengikut tatacara simpanan yang betul, bakteria boleh berpindah daripada makanan mentah kepada makanan yang telah dimasak, contohnya, melalui titisan air daging atau ayam yang menitik pada makanan tersebut.
Tip-tip keselamatan makanan:
a. Pengendalian bahan mentah
Makanan mentah yang dibeli tidak bertukar warna, berbau busuk atau berulat
Sayur-sayuran masih segar, tidak bertukar warna atau layu.
Daging,ikan,ayam dan sebagainya dalam keadaan segar. Jangan pilih daging,ikan,ayan yang telah berbau, berubah warna atau berubah tekstur.
b. Membeli makanan yang selamat
Baca label
Jangan terpedaya hanya dengan label yang menarik pada bungkusan makanan. Teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.
Pastikan makanan berada dalam keadaan baik dan belum tamat tarikh luput.
Baca dengan teliti arahan cara penyimpanan pada label. Ini dapat mengelakkan makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh luput.
Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam kotak atau tin jika:
Penutup kotaknya retak, terbuka, koyak atau bocor.
Tin berkarat, mengelembung atau bocor.
Rosak dalam apa jua bentuk
amat tarikh luput
c. Pengendalian makanan yang selamat
Pulang segera selepas membeli bahan mentah dan makanan yang mudah rosak untuk mengurangkan makanan tersebut terdedah lama pada suhu bilik.
Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk di ruang yang sepatutnya dengan segera.
Makanan mentah yang kering seperti laksa, beras dan sebagainya hendaklah disimpan dalam keadaan kering. Keadaan lembap sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat
Pastikan makanan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya diletakkan berjauhan daripada makanan yang dimasak. Ini bagi mengelakkan pencemaran silang daripada berlaku.
Pastikan peralatan dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
d. Pengendalian makanan yang telah dimasak
Simpan makanan pada suhu yang betul untuk mengelakkan pembiakan bakteria :
Makanan panas pada suhu yang panas
Makanan sejuk pada yang sesuai
Makanan yang telah dimasak tetapi tidak dihidangkan hendaklah disejukkan segera sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jangan masukkan makanan panas ke dalam peti sejuk kerana ia akan meningkatkan suhu dalam peti sejuk.
Jangan mencampur adukan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah di dalam peti sejuk
Basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas penyediaan makanan.
Panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
5 panduan makanan yang selamat :
Jaga kebersihan
Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
Masak dengan cara yang betul
Simpan makanan pada suhu yang selamat
Gunakan air dan bahan mentah yang selamat.
Tuesday, 7 July 2015
Friday, 3 July 2015
[TIPS AGAMA]
Kelebihan Hari Jumaat – Penghulu Segala Hari
HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.
Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.
Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)
Thursday, 2 July 2015
[TIPS PERNIAGAAN]
Tahun 2015 memberikan pelbagai rasa bimbang dan khuatir kepada mereka yang berniaga apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang mungkin ada cabarannya nanti.
Sebagai peniaga, kita haruslah berfikir positif dan mencari idea bernas lain untuk memantapkan lagi perniagaan kita.
Berikut adalah tips dalam perniagaan daripada 5 orang pakar.
1. Layan pelanggan seperti tetamu di rumah anda.
“Walaupun akan sentiasa ada pelanggan yang telah kurang memberi perhatian, tergesa-gesa, atau kelihatan keliru, anda masih mahu berazam untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik walaupun senario pelanggan tidak menggalakkan. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan melayan pelanggan seolah-olah mereka adalah tetamu di rumah anda” – Kirt Manecke, pakar perkhidmatan pelanggan dan penulis buku “Smile: Sell More with Amazing Customer Service”
2. Menyertai sekurang-kurangnya 3 organisasi profesional.
“Saya selalu mencadangkan kepada pemilik perniagaan supaya menyertai sekurang-kurangnya 3 persatuan profesional. Pertama, anda harus menyertai Dewan Perniagaan tempatan atau persatuan perniagaan pusat bandar. Itu adalah mengikut di mana perniagaan anda berada dan di mana pekerja anda tinggal. Selain itu, anda harus menyertai persatuan perdagangan industri yang spesifik. Dan terakhir, anda perlu tergolong dalam persatuan di seluruh negeri kerana kebanyakan undang-undang berlaku di peringkat negeri, dan anda perlu mata dan telinga bagi melihat potensi perniagaan anda. Dalam kebanyakan kes, sebuah persatuan runcit akan mengisi peranan itu.” – Curtis Picard, Pengarah Eksekutif Persatuan Runcit Maine.
3. Mengambil bahagian dalam e-dagang (internet).
“Masa depan e-dagang adalah milik perniagaan-perniagaan kecil. Ini adalah peluang terbesar buat peruncit sejak pasar tani bermula ratusan tahun dahulu. Ramai orang sering percaya bahawa menubuhkan sebuah kedai online adalah mahal dan sukar, tetapi ini tidak berlaku.” – Harley Finkelstein, Chief Platform Officer, Shopify.com
4. Perkenal dagangan dan kebajikan.
“Kajian menunjukkan 83% pelanggan mahu membeli produk yang memberi manfaat ke atas sesuatu movement/situasi semasa. Kombinasi bisnes dengan kebajikan adalah satu pilihan yang baik bagi meningkatkan perhatian pengguna ke atas produk dan bisnes yang sekaligus akan turut meningkatkan jualan.” – Dan McCabe, Pengarah SixDegrees.org
5. Menggunakan Cloud.
“Cloud terus kekal disini dan Windows telah mati. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, cloud itu benar-benar akan berguna untuk perniagaan kecil, dan POS (point-of-sale) berasaskan Windows dan operasi lain akan hilang. Peruncit dan perniagaan kecil mesti berfikir tentang menaik taraf teknologi mereka – dengan awan menjadi pilihan yang jelas.” – Jason Richelson, founder dan CEO ShopKeep POS
Dengan tak terkira pelbagai peluang untuk menambahbaik kelemahan sedia ada, perniagaan anda akan menjadi lebih berjaya apabila strategi dan teknik yang digunakan memanfaatkan pelbagai peluang ini. Ini akan meningkatkan kestabilan bisnes secara keseluruhannya. Maka, mulakan langkah dengan berani di tahun 2015 ini. Periksa dan pertimbangkan faktor-faktor yang akan memberi kesan ke atas perniagaan anda. Semoga orang bisnes pada tahun ini lebih berjaya dan kaya.
Wednesday, 1 July 2015
[TIPS PELANCONGAN]
TIP Melancong - Kekal Sihat Ketika Cuti
Mencuba pelbagai jenis makanan yang popular di destinasi percutian adalah peluang yang menyeronokkan. Namun, usah terlalu ghairah menikmati makanan di negara terbabit sehingga mengakibatkan anda menderita atau berat badan bertambah apabila pulang nanti. Ingat pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit jika tidak mengawal tabiat makan seperti kencing manis atau darah tinggi. Tip bagaimana anda boleh kekal sihat dan berat badan tidak bertambah walaupun bercuti menggunakan konsep jalan-jalan cari makan
1. Ketika makan di restoran, letak kenderaan jauh sedikit supaya anda boleh berjalan atau mengeluarkan perlu sebelum atau selepas menikmati makanan.Selepas makan pelbagai hidangan enak, anda boleh membakar kalori. Mungkin tidak seberapa kalori yang mampu dibakar hanya dengan berjalan ke tempat letak kereta tetapi sedikit sebanyak ia membantu. Jangan lupa banyak minum air bagi mencegah anda lapar kembali
2. Pesan makanan dengan kandungan karbohidrat separuh daripada biasa. Anda mungkin boleh memesan nasi separuh bersama ikan untuk sumber protein.Ambil buah-buahan dan sayuran lebih dari biasa kerana ia boleh membuat anda kenyang dengan makanan yang mengandungi banyak serat.
3. Pilih makanan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Elak memesan menu yang digoreng atau dibakar. Namun, tidak salah jika sesekali anda makan makanan yang bergoreng atau dibakar tetapi tetap melihat kandungan kalori yang ada dalam hidangan itu. Jangan makan terlalu banyak ketika malam. Hidangan yang lebih banyak boleh anda ambil semasa bersarapan atau makan tengah hari.
4. Ketika memesan minuman, pilihan pertama air mineral, teh tawar atau air buah apabila makan. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang manis.Berusaha memesan minuman suam dan bukannya sejuk. Ini kerana, air suam lebih mudah diserap tubuh kerana ia bersifat seperti cairan dalam keadaan manusia.
5. Perhatikan kebersihan. Pilih tempat makan yang terjamin kebersihannya dan yang penting tangan anda haruslah dicuci sebelum makan. Sia-sia saja jika anda cuba jaga kalori pada makanan tetapi melupakan kebersihan. Jika ada mengidap penyakit tertentu seperti kencing manis atau darah tinggi, usah menempah bahaya menikmati makanan yang boleh memberikan kesan terhadap penyakit anda walaupun saat itu anda menggunakan tiket ‘bercuti’. Anda pastinya tidak mahu sakit ketika berseronok bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau insan tersayang bukan?
Mencuba pelbagai jenis makanan yang popular di destinasi percutian adalah peluang yang menyeronokkan. Namun, usah terlalu ghairah menikmati makanan di negara terbabit sehingga mengakibatkan anda menderita atau berat badan bertambah apabila pulang nanti. Ingat pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit jika tidak mengawal tabiat makan seperti kencing manis atau darah tinggi. Tip bagaimana anda boleh kekal sihat dan berat badan tidak bertambah walaupun bercuti menggunakan konsep jalan-jalan cari makan
1. Ketika makan di restoran, letak kenderaan jauh sedikit supaya anda boleh berjalan atau mengeluarkan perlu sebelum atau selepas menikmati makanan.Selepas makan pelbagai hidangan enak, anda boleh membakar kalori. Mungkin tidak seberapa kalori yang mampu dibakar hanya dengan berjalan ke tempat letak kereta tetapi sedikit sebanyak ia membantu. Jangan lupa banyak minum air bagi mencegah anda lapar kembali
2. Pesan makanan dengan kandungan karbohidrat separuh daripada biasa. Anda mungkin boleh memesan nasi separuh bersama ikan untuk sumber protein.Ambil buah-buahan dan sayuran lebih dari biasa kerana ia boleh membuat anda kenyang dengan makanan yang mengandungi banyak serat.
3. Pilih makanan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Elak memesan menu yang digoreng atau dibakar. Namun, tidak salah jika sesekali anda makan makanan yang bergoreng atau dibakar tetapi tetap melihat kandungan kalori yang ada dalam hidangan itu. Jangan makan terlalu banyak ketika malam. Hidangan yang lebih banyak boleh anda ambil semasa bersarapan atau makan tengah hari.
4. Ketika memesan minuman, pilihan pertama air mineral, teh tawar atau air buah apabila makan. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang manis.Berusaha memesan minuman suam dan bukannya sejuk. Ini kerana, air suam lebih mudah diserap tubuh kerana ia bersifat seperti cairan dalam keadaan manusia.
5. Perhatikan kebersihan. Pilih tempat makan yang terjamin kebersihannya dan yang penting tangan anda haruslah dicuci sebelum makan. Sia-sia saja jika anda cuba jaga kalori pada makanan tetapi melupakan kebersihan. Jika ada mengidap penyakit tertentu seperti kencing manis atau darah tinggi, usah menempah bahaya menikmati makanan yang boleh memberikan kesan terhadap penyakit anda walaupun saat itu anda menggunakan tiket ‘bercuti’. Anda pastinya tidak mahu sakit ketika berseronok bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau insan tersayang bukan?
Subscribe to:
Posts (Atom)