Like Us on FB

Wednesday, 4 March 2015

[TIPS MASAKAN]


[TIPS MOTIVASI]



                            Tips Motivasi Pagi Untuk Tampil Lebih Bersemangat

1) Bersyukur – Bangun dengan rasa bersyukur kerana kita masih bernafas dan diberi peluang lagi untuk menikmati kehidupan di dunia ini dan memperbaiki segala kekurangan. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada untuk menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya.
2) Motivasikan Diri – Selepas bersarapan (seeloknya sarapan yang menyihatkan), luangkan beberapa minit untuk membaca kata-kata atau artikel ringkas berbentuk motivasi. Elak dari perbuatan yang membawa kesan negatif seperti mengumpat, membaca artikel gosip dan sebagainya. Niatkan dalam hati untuk cuba elak dari perkara-perkara negatif sepanjang hari.

3) Tetapkan Target – Sebelum melangkah keluar dari rumah, tetapkan satu target yang ingin dicapai sebelum pulang ke rumah petang nanti. Contohnya nak siapkan kertas kerja dalam masa tertentu atau nak tetapkan target jualan ataupun nak bentangkan projek dengan penuh berkeyakinan.
4) Ikhlaskan Hati – Mulakan pagi yang baru dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain. Lupakan segala kesedihan semalam. Buang jauh-jauh semua rasa negatif dalam diri. Tarik nafas, tenangkan diri dan senyum dengan ikhlas.
5) Buat sesuatu Yang Memperbaiki Mood – Sebelum memulakan tugasan, lakukan sesuatu yang boleh membuat diri korang rasa ceria. Contohnya mendengar lagu yang menghiburkan, melayan kerenah anak anak ataupun anak anak bulus sebelum melangkah ke tempat kerja, makan sarapan kegemaran atau bersarapan bersama keluarga dalam suasana yang riang ataupun  apa sahaja perkara lain yang mampu membuatkan korang berada dalam mood positif.
Mudah-mudahan tips motivasi pagi ini akan membuatkan kita semua rasa lebih bersemangat. Apa yang penting mulakan hari yang baru dengan bersujud kepadaNYA.

{TIPS PERNIAGAAN}


PREMIS PERNIAGAAN ANDA : Beli atau Sewa?



Tunggu Kupasan Menarik Kajian Kami di Faizworld Training Centre !!!!!!!!

Tuesday, 3 March 2015

[Kelas Planning New Cycle & Ayat Power 2 Mac 15]

Kelas Planning New cycle Shaklee, asah ayat Power + bagaimana nak dpt tiket free ke oversea
Speaker : PM Shareeza Hashim
Tarikh : 2 Mac 15
Lokasi : Faizworld Training Centre level 3
Jangan lupa untuk bulan Mac ini, sambil join kelass, anda boleh menang lucky draw tajaan Faizworld Training Centre.
Hadiah bulan ni berupa Voucher Petronas bernilai Rm150.00
Tarikh tutup cabutan bertuah sehingga 31 mac 2015...
Sesiapa yang datang kelas di sini (sebarang kelas samada kelas umum/jutawan), sepanjang March, layak untuk join.
Isi form di FTC




[TIPS KEWANGAN]

               Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.
Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau punliabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.

GOOD MORNING AND HAVE A NICE DAY

   

Monday, 2 March 2015

{ TIPS KEWANGAN}

Base Rate & Effective Lending Rate 






Tahukah anda ! Bermula 2 Januari 2015 Bank Negara Malaysia telah mengaktifkan system yang di kenali sebagai Base Rate (kadar asas) untuk semua kadar faedah bank-bank di Malaysia. Lihat rajah di atas Base Rate setiap bank adalah berbeza mengikut tarif kadar yang mereka tetapkan tetapi di masih di dalam tarif yang di benarkan oleh Bank Negara Malaysia. Contoh senang kita ambil kadar Base Rate Affin Bank.

eg :
Ali ingin membuat pinjaman perumahan dengan Affin Bank pada 20 Januari 2015 , kadar Base Rate Affin Bank ialah 3.99% dan kadar spread ialah 0.76%.

3.99% + 0.76% = 4.60% (Effective Rate)

Jadi mengikut formulanya Effective Rate yang di kenakan terhadap kadar faedah pinjaman Ali ialah 4.60% setahun.


Bagaimana tentang Base Lending Rate (BLR) ? ianya masih di guna pakai untuk pelanggan-pelanggan yang masih mempunyai kemudahan pinjaman/overdraft/deposit tetap dan lain lain yang mana kemudahan yang di perolehi di luluskan sebelum 2 Januari 2015.


* Pembaca boleh menghubungi Bank masing-masing untuk keterangan lebih lanjut.