HOME
▼
[TIPS MOTIVASI]

Tips Motivasi Menjadi Seorang Pemimpin
- Pemimpin yang betul bukan hanya memegang jawatan, malah melakukan perubahan.
- Pemimpin perlu memberikan harapan yang besar kepada yang dipimpinnya.
- Pemimpin perlu membuka ruang dan jalan kepada orang untuk mara ke hadapan.
- Menjadi seorang pemimpin tidak bermakna anda akan mendapat semua penghargaan.
- Berikan peluang kepada orang memberikan pandangan adalah sifat yang baik bagi seseorang pemimpin.
- Pemimpin perlu membentuk pengikutnya, bukan dengan hanya mencari.
- Melakukan perubahan adalah sifat ketua yang terbilang, dan bukannya pada perucapan sahaja.
- Sekiranya anda ingin membezakan antara pemimpin dengan pengikut, anda perlu menjadi seseorang yang inovatif dan berfikiran luas.
- Jadilah seorang ketua yang boleh memimpin semua jenis masyarakat.
- Sekiranya anda seorang ketua yang produktif, maka anda perlu mempunyai ahli yang produktif juga.
- Ketua perlu memikirkan cara penyelesaian.
- Ketua perlu menyelesaikan semua jenis masalah yang akan timbul.
- Memberikan motivasi kepada ahli dengan memberikan mereka peluang untuk menonjol.
- Ketua perlu pastikan arah tuju seseuatu institusi berada pada landasan yang betul.
- Anda perlu menjadi orang yang serba boleh demi menjadi ketua yang berjaya.
- Pemimpin perlu ada perasaan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan dan masalah.
- Ketua yang berkredibiliti boleh mempengaruhi ahlinya, dan bukannya mengarah mereka.
No comments:
Post a Comment