Like Us on FB

Friday, 28 August 2015

Jemu Dengan Masalah Berat Badan Yang Tidak Seimbang...



Di sebabkan perkhidmatan private lift Faizworld Training Centre dalam proses penyelenggaraan berjadual..Kami melihat seorang client kami En Badril Husyam Jamil yang bertubuh agak gempal termengah-mengah dan sedikit semput semasa menaiki tangga ke tingkat 3A.
En Badril Husyam :
Aduh you all ni begitu zalim la macam nak bagi I pengsan panjat tangga ni.
Kami :
Maaf la En Badril, memang kontraktor lift ni datang nak buat rutin pemeriksaan penyelengaraan berjadual..lagi pun En Badril boleh naik pakai public lift kat tengah sana !
En Badril Husyam :
Owh..ingatkan lift ni sebiji jer..rupanya ada lift lain (dengan nada semput). .. Korang takde jual supplement or vitamin nak kasi kurang lemak aku ni sikit...Aku kalau jamu/vitamin-vitamin yang takde clinical research and approved by higher authority tak nak aku !!...Aku mahu yang natural..biar proses pemecahan lemak aku ni slow tapi selamat....karang beli produk yang bersepah kat pasaran memang la cepat kurus tapi cepat pulak nyawa aku melayang...
Kami : Owh ...kalau macam tu En Badril boleh terus jumpa wakil sah kami untuk penerangan lebih lanjut....
p/s : check produk yang nak beli..buat research dulu...!! Hmm

Selamat Berkursus & Berseminar






Friday, 21 August 2015

Semuanya nak Senang.................



Cerita 1 : ( Nur Zurin Elyaties Sari -Penjual Vitamin)

Penjual Vitamin : Akak beli lah Vitamin ni sebotol

Pelanggan : Ada berapa biji tablet dalam botol nih ?

Penjual : (Nganga sambil menggaru kepala).....

Cerita 2 : ( Syed Badrul Muneer Akashah - Penjual Kereta)

Penjual Kereta : Bang belilah kereta Prutin (jenama) E42 nih..kereta ni baru sampai ...Origin dari Venezuela..kualiti terbaik kereta ni bang !

Pelanggan : kereta ni system combustion dia pakai karburetor ke injection ?

Penjual Kereta : (Nganga sambil menggaru kepala).....

Sekalipun anda mengejar sales yang tinggi setiap bulan...anda harus tahu apa yang anda jual ...? Fahami apa yang anda jual, janganlah bila sales merundum kita pergi kelas marketing Abg Gemuk tapi sales masih jatuh kita salahkan Abg Gemuk !, kita pergi kelas Abg Kurus cari ilmu magnet tapi tak menjadi kita salahkan Abg Kurus kerana "magnet" takde power !
Akhirnya kita pergi kelas talk Ustazah di hotel-hotel ternama mintak ilmu zikir 10000 X utk naikkan sales kita (urusan jual beli agama) TAPI mengapa masih sales kita masih turun ?

Nota : Betapa senangnya orang kita nakkan sesuatu ...MENGAPA Muhamad S.A.W yg kita cintai berperang untuk tegakkan agama-NYA? mengapa tidak di gunakan 10000x zikir untuk menang dalam perang UHUD? Mengapa umat terdahulu bertungkus lumus mengatur strategi dan bersusah menggali parit dalam Perang Khandak? Bukan senang untuk senang !


Thursday, 20 August 2015

Ke arah kesihatan yang lebih baik untuk kerjaya dan keluarga...


Data Umum ViVix :

Penemuan Revolusioner


Kod Produk:10320 (150ml)
Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.





     Setiap detik umur kita semakin menghampiri ketuaan atau "aging" dalam istilah bahasa Inggeris.  Proses peralihan masa yang mencipta penuaan dalam hidup kita bermakna tubuh kita berubah secara zahirnya.  Kita makin penat, nak overtime untuk cari duit lebih pun mata asyik mengantuk, nafas makin semput dan berbagai simptom lagi...Kini di Faizworld Training Centre anda mampu mencari sedikit kelainan dalam fasa pencarian atau penjagaan kesihatan anda untuk tempoh yang mendatang... Hubungi wakil sah kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan .....

Tuesday, 11 August 2015

[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Online Positioning
Tarikh : 9 Ogos 15 (10 am -11pm)
Speaker : Pn June Mohd Som
Tempat : Level 3, Faizworld Training Centre
Terima Kasih Pn June kerana sekali lagi memilih Faizworld Training Centre untuk merealisasikan program anda.
Semoga bisnes anda makin cemerlang dan 2015 memberi kejayaan untuk anda semua
Untuk bulan ini sambil join kelass, anda boleh menang lucky draw tajaan Faizworld Training Centre.
Tarikh tutup cabutan bertuah sehingga 31 Ogos 2015...
Hanya perlu isi form di FTC dan masukkan dalam tabung lucky draw yang disediakan.
Ingat Training Centre, Ingat lah Faizworld!



[FAIZWORLD TRAINING CENTRE]

Kelas Tafsir AlQuran
Tarikh : 7 Ogos 15
Speaker : Ustaz Muhamad Shauqi Hasan dari Warga Prihatin
Anjuran : Faizworld Training Centre.
Perkongsian menarik berdasarkan sistem yang Allah beri melalui AlQuran dan sunnah untuk menjadi kunci kepada kita semua mengurus tadbir kehidupan seharian
Semoga Allah kurniakan barakah dan kejayaan untuk Warga Prihatin serta kebaikan dan manfaat yang berpanjangan untuk semua peserta yang hadir.



Friday, 7 August 2015

[TIPS MELANCONG]



JIKA anda merancang percutian untuk keluarga terutama cuti sekolah yang bakal menjelang, apa kata memilih percutian di luar bandar - peluang untuk menikmati pengalaman baru yang tidak mudah ditemui di destinasi kota besar.
Sama ada ia merentas hutan belantara, menjelajah gua atau menyertai program kesedaran ekologi yang lain, pelancongan ´luar-bandar´ ini akan memberi anak-anak serta ibu bapa pendekatan yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pembelajaran dengan cara berdampingan dengan alam sekitar.
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, pelancongan bukan saja untuk bercuti bagi kanak-kanak kerana ia memberikan mereka peluang untuk mengenali dunia nyata.
"Mereka berkesempatan untuk menyentuh, menghidu, merasa atau menikmati sesuatu. Ia memberi mereka peluang untuk mengembara persekitaran di luar alam rumah atau sekolah mereka," katanya.
Pengalaman sebenar, katanya, membantu untuk memupuk keinginan menimba ilmu dan ia boleh meningkatkan kadar kebijaksanaan serta daya kreatif kanak-kanak.
"Televisyen dan komputer hanya memberikan pembelajaran pasif manakala pengalaman nyata memupuk pembelajaran yang dinamik," katanya.
Ternyata pelancongan bagaikan pembelajaran yang tiada penghujungnya sama ada untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Namun, ibu bapa harus membuat perancangan yang teratur untuk memastikan ia menjadi percutian yang menyeronokkan. Berikut panduan ringkas untuk menikmati percutian yang menggembirakan bersama keluarga:
* Pilih destinasi dan aktiviti yang sesuai
Ketahui topik terkini yang sedang dipelajari anak di sekolah dan cuba aturkan percutian bersesuaian. Cuba babitkan anak ketika membuat perancangan supaya seluruh pengembaraan menjadi lebih menyeronokkan.
Bincang dan dapatkan maklumat bersama supaya mereka tiada alasan untuk merungut kepada rakan mengenai percutian yang dianggap hanya idea ibu bapa mereka.
Anak juga perlu tahu batasan memilih destinasi dan aktiviti bersesuaian kerana sesetengah idea mereka mungkin tidak boleh diterima disebabkan kekurangan masa atau wang.
* Kenali destinasi terlebih dulu
Sediakan semua maklumat mengenai sesuatu tempat sebelum memulakan perjalanan dan jadikannya pengalaman interaktif antara ibu bapa dan anak.
Contohnya, jika menjelajah hutan rimba, bersedia untuk memberi penjelasan kepada anak mengenai jenis flora dan fauna yang bakal ditemui sepanjang jalan.
* Merancang atur cara perjalanan
Kanak-kanak mudah letih, oleh itu elakkan program perjalanan yang terlampau sibuk. Sebagai panduan, aturkan supaya terdapat keseimbangan antara masa aktiviti dengan masa berehat.
Jika mahu berjalan-jalan selama tiga jam, aturkan supaya ada masa rehat selama tiga jam.
* Berkemas awal
Elakkan berkemas pada saat terakhir kerana ia mendatangkan tekanan berlebihan. Apabila tarikh perjalanan sudah ditentukan, sediakan senarai dan mula mengemas.
Barangan yang akan membantu mengekalkan keadaan keluarga bersih dan sihat termasuk kain pembalut luka, ubat tahan sakit atau demam kanak-kanak, ubat nyamuk dan tisu lembap nyah-kuman.
* Utamakan keselamatan
Untuk anak-anak kecil, letakkan sekeping kad dengan nama, alamat dan nombor telefon bimbit ibu bapa atau penjaga ke dalam poket mereka.
Untuk kanak-kanak yang lebih tua, berikan mereka nombor hubungan ibu bapa atau penjaga serta nama hotel yang diduduki, sebagai persiapan jika mereka terpisah. Masukkan sekali gambar terkini mereka.
* Sediakan makanan dan minuman ringan.
Kanak-kanak yang lapar dan haus memang mudah meragam. Pastikan mereka makan sebelum perjalanan bermula dan minum banyak air sepanjang perjalanan.
* Berhenti untuk ke bilik air.
Dalam hutan rimba, kadangkala bilik air sukar didapati. Ketahui lokasi bilik air terdekat dan pastikan anak-anak kosongkan pundi kencing sebelum pengembaraan bermula.
Merancang percutian bersama keluarga kelihatan agak menyusahkan, tetapi sebelum membenarkan anak berdepan dengan televisyen atau menyertai kelas tuisyen tambahan, cuba pertimbangkan manfaat luar biasa yang boleh diperoleh daripada percutian di luar bandar yang mampu mendidik mereka, malah pengalaman sedemikian memang tiada bandingannya.
Percutian sedemikian boleh membina sikap ingin tahu. Anak-anak lazimnya akan
banyak menyoal dan harus disedari kanak-kanak yang mempunyai sikap ingin tahu yang kuat sememangnya anak yang bijak dan suka belajar perkara baru.
Ia juga boleh meningkatkan kebolehan menyesuaikan diri. Ketika bercuti, otak sentiasa cerdas supaya dapat menyesuaikan diri kepada perubahan pada saat akhir. Ini ternyata sikap yang cukup berguna ketika anak dewasa kelak apabila mereka berhadapan dengan masalah dalam kehidupan masing-masing.
Percutian juga mampu meningkatkan pengetahuan geografi. Mempelajari kebudayaan, ekonomi dan cara hidup masyarakat setempat lebih meninggalkan kesan daripada cuba menghafal fakta mengenai sesuatu lokasi.
Sedar atau tidak, percutian juga meningkatkan kefahaman diri. Seseorang yang mengalami tekanan biasanya akan menunjukkan belangnya. Tekanan daripada perubahan lokasi, cuaca, keletihan dan interaksi bersama orang lain akan membantu anak lebih memahami watak dan personalitinya sendiri.
Kanak-kanak yang menyedari mereka mempunyai kebolehan untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan yang mencabar, amat membina keyakinan diri mereka.
Mereka berpeluang melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh rakan lain, seterusnya membantu untuk meningkatkan lagi harga diri dan membantu dalam apa saja yang bakal dilakukan pada masa hadapan.
Kaki melancong sering mengatakan bahasa tidak menjadi halangan. Mereka yang terdedah kepada kebudayaan, agama dan gaya kehidupan yang berlainan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain.
Lagipun, kita tidak perlu ke luar negara, memadai melawat negeri lain yang mempunyai loghat serta gaya hidup yang tersendiri di bumi Malaysia ini.